Search This Blog

Friday, March 2, 2012

Kotak meletup, gadis cedera

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China Besar di sini semalam mengundang padah apabila kotak tersebut meletup dan mengeluarkan api sebaik barang itu disentuh mangsa.

Akibat kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa Norasyikin Md. Esa, 27, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki, tangan dan perut. Kotak berisi bom buatan sendiri itu bukan saja mengeluarkan bunyi letupan kuat malah menyebabkan api menjulang setinggi lima meter.

Sebelum kejadian, Norasyikin menemui kotak kecil warna putih di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

Di atas kotak tertera nama abang sulung mangsa, Saiful Eszwan Md. Esa, 35, yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan.

Namun, kotak itu meletup sebaik Norasyikin yang merupakan anak keempat daripada enam beradik dan bekerja sebagai juruwang mengangkat kotak tersebut.

Adik bongsu mangsa, Ahmad Mustafa Md. Esa, 20, berkata, dia yang baru keluar dari bilik air terkejut mendengar satu letupan kuat.

“Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan terkejut melihat badan kakak yang sedang berdiri tiba-tiba berasap sambil kakak menjerit-jerit kesakitan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment