Search This Blog

Friday, March 2, 2012

JKM selamat remaja kutip derma

myMetro | JKM selamat remaja kutip derma: SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diarah sebuah pusat tahfiz di Kedah untuk mengutip derma dan menjual barangan dalam Ops Eksploitasi Kanak-Kanak di sebuah stesen minyak di Seksyen 18, di sini, kelmarin.

Difahamkan remaja terbabit akan dihantar individu yang dikenali ‘cikgu’ ke stesen minyak bermula jam 12 tengahari dan akan diambil semula pada jam 8 malam untuk mengutip derma selain menjual barangan seperti air dan gel herba serta cakera padat. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Eny Edayu Mat Ali berkata, sewaktu dihampiri, remaja terbabit memegang buku resit dan terdapat beberapa barangan herba dan menyasarkan orang ramai yang mahu mengisi minyak menderma atau membeli barangan di jual.


Katanya, remaja terbabit mendakwa dia baru empat hari tiba di Shah Alam dan sebelum ini, dia menjual barangan seperti air herba dan gel herba di beberapa buah negeri lain di semenanjung.

“Sewaktu didekati, remaja terbabit dipercayai baru memulakan aktivitinya dan barangan jualannya masih banyak dan disimpan di dalam beg yang di bawa bersama.


“Remaja terbabit menyatakan dia di hantar cikgunya ke stesen minyak berkenaan untuk meminta derma dan menjual barangan herba serta cakera padat selain mendakwa ianya adalah latihan praktikal untuk berniaga,” katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment