Search This Blog

Friday, March 2, 2012

JKM lapor polis

myMetro | JKM lapor polis: "JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis terhadap dua wanita yang juga bekas pengasuh di Taska Permata 2, Taman Kota Masai, di sini, berikutan tindakan mereka yang disyaki terbabit menampal pita pelekat pada mulut selain melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta bebas menyebarkan klip video kejadian itu di Internet, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar di Balai Polis Sentral, tengah hari semalam diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan timbalannya, Bazlan Ismail.


Khatijah berkata, pihaknya membuat laporan polis memandangkan kes itu serius bagi mengelak kejadian sama berulang. Menurutnya, laporan polis terhadap wanita berusia 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lanjut memandangkan perbuatan mereka boleh menyebabkan gangguan emosi kepada kanak-kanak berkenaan dan ibu bapa mereka.

“JKM membuat laporan mengikut Seksyen 29(2), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengasuh itu disyaki mencederakan kanak-kanak itu dari segi fizikal dan emosi serta tidak memaklumkannya kepada JKM,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment