Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Gadis parah terjun balkoni

Kosmo! Online - Negara:


AMPANG JAYA - Tiga beradik perempuan yang bimbang akan diapa-apakan penjenayah bertindak nekad terjun dari balkoni tingkat dua rumah yang mereka diami hingga mengakibatkan dua parah dalam kejadian di Taman Nirwana di sini semalam.
Kejadian pukul 5 pagi itu menyebabkan Nurul Aishah Nik Othman, 18, cedera parah di kepala; Nurul Athirah, 19, patah kaki dan Nurul Adawiyah, 21, cedera ringan selepas mereka bertindak terjun sebaik menyedari rumah dipecah masuk penjenayah.
Tinggi balkoni itu kira-kira lima meter.
Rumah tersebut merupakan milik bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din dan mangsa merupakan ahli keluarga menantu perempuan Johar. Johar tidak tinggal di situ dan sekarang menetap di Taman Tun Razak (TAR), di sini bersama isterinya, Datin Hapsah Mohd. Yunus, 60.
Mengimbau semula kejadian itu, Hapsah memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak lelakinya, Rustam Izuddin, 25, pada pukul 5.15 pagi.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment