Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Dua sahabat berdepan hukuman mati

Dua sahabat berdepan hukuman mati - Utara - Sinar Harian:GEORGETOWN - Dua sahabat berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mengedar dadaH, 23 Mei tahun lalu.

P Saravana Kumar, 31, dari Pondok Upeh, Balik Pulau dan Ung Sing Seng, 41, dari Jalan Burma didakwa bersama-sama atas dua pertuduhan mengedar dadah dan dua pertuduhan memiliki racun yang berjadual tanpa kebenaran pihak berkuasa.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Court, Lorong Delima 20, Greenlane kira-kira jam 10.20 malam.


Mengikut pertuduhan pertama,Saravan dan Sing Seng didakwa mengedar heroin seberat 266.8 gram manakala pertuduhan kedua mereka bersama-sama didakwa mengedar monoacetylmophines seberat 19.9 gram.


Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan ketiga,mereka didakwa memliki 42117.2 gram caffeine dan bagi pertuduhan keempat mereka juga didakwa memiliki 249.9 gram cloroquine.


Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.


Bagaimanapun, kedua-duanya yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Aini Yusof.


Selepas semua pertuduhan dibacakan, Noor Aini  memerintahkan semua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk prosiding selanjutnya. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment