Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Dua kes eksploitasi kanak-kanak dilaporkan

Berita Harian Online | Dua kes eksploitasi kanak-kanak dilaporkan:
KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kes mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan mengutip derma yang membabitkan empat kanak-kanak dilaporkan hasil usahasama yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei, berkata usaha itu dijalankan untuk mencegah kegiatan terbabit.
Selain itu, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sudah meminta pihak berkuasa agama negeri untuk mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bagi menahan pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak.

"Kementerian memandang serius akan kes yang melibatkan eksploitasi kanak-kanak dalam aktiviti mengutip dana atau meminta sedekah dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak yatim. 

"Sehubungan itu, JKM menjalankan operasi dari semasa ke semasa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi untuk mengutip derma dan meminta sedekah di tempat awam," katanya ketika menjawab soalan Datuk Matulidi Jusoh (BN-Dungun) yang ingin tahu mengenai tindakan bersepadu yang diambil untuk menangani eksploitasi anak yatim dan pusat tahfiz dalam aktiviti mengutip derma. - BERNAMA 
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment