Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Abu Sayyaf bunuh tebusan warga India

myMetro | Abu Sayyaf bunuh tebusan warga India:MANILA: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilaporkan membunuh seorang lelaki India yang diculik sejak sembilan bulan lalu.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu, membunuh Biju Kolara Beetil, 36, walaupun isterinya, warga Filipina, Elena Asanji membayar wang tebusannya. 


Pihak berkuasa berkata, kumpulan itu menahan Veetil dan seorang warga Malaysia Mohammad Nasaruddin Saidin yang dikatakan dibebaskan setelah wang tebusannya dibayar.

Punca mengapa Veetil dibunuh, tidak diketahui.







Ketua Polis Wilayah Sulu, Antonio Freyra, berkata laporan perisikan mengatakan Veetil dibunuh tetapi mereka memerlukan pengesahan daripada isterinya atau menemui mayatnya.
Satu lagi kumpulan pengganas di Pulau Basilan, menahan seorang pengembara Australia, Warren Rodwell, 52. - ANI


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment