Search This Blog

Friday, March 2, 2012

54 ditahan dalam Ops Sapu

myMetro | 54 ditahan dalam Ops Sapu: "MELAKA: Seramai 54 pendatang asing tanpa izin diberkas anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam Ops Sapu yang diadakan di tiga tapak pembinaan di sekitar bandar raya ini, petang kelmarin.

Operasi selama lima jam bermula jam 10.30 pagi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, Mohd Yusof Hashim serta 60 pengawai dan anggota penguat kuasa dan 11 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela).


Ketika serbuan kebanyakan pendatang yang ditahan sedang leka bekerja di tapak binaan dan tidak menyedari kehadiran anggota Jabatan Imigresen.

Pengarah Imigresen Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi awal pagi itu, anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas 221 warga asing. “Hasil pemeriksaan, kami mendapati 54 daripada mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c),15 (1) (c) dan 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


“Mereka terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta 22 lelaki warga Bangladesh dan satu lelaki India kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi masa dan permit sudah tamat tempoh,” katanya"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment