Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

3 disambung reman

myMetro | 3 disambung reman:JOHOR BAHRU: Semua tiga suspek kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, akan disambung reman hari ini, bagi membantu siasatan polis sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Polis Johor akan mendapatkan lanjutan tahanan reman terhadap tiga suspek berusia lingkungan 30-an hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan dan pengumpulan bukti kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tempoh tahanan reman mereka tamat semalam, polis akan memohon lanjutan tahanan reman itu.




Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, proses pengumpulan bahan bukti giat dijalankan sebelum kertas siasatan lengkap dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi.



Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berada dalam tahanan didapati positif dadah selain dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah. “Saya ingin tegaskan, siasatan mendapati sepasang lelaki dan wanita yang mempunyai dua anak disahkan tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah selepas siasatan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perkahwinan,” katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment