Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

12 askar Turki maut nahas helikopter

Berita Harian Online | 12 askar Turki maut nahas helikopter:ANGGOTA tentera dan pasukan penyelamat meninjau keadaan di lokasi nahas helikopter yang mengorbankan 12 askar Turki di Kabul semalam.
ANGGOTA tentera dan pasukan penyelamat meninjau keadaan di lokasi nahas helikopter yang mengorbankan 12 askar Turki di Kabul semalam.
KABUL: Dua belas anggota tentera Turki dan dua budak perempuan maut apabila sebuah helikopter terhempas ke atas sebuah rumah berhampiran ibu kota Afghanistan semalam. 

Helikopter berkenaan, Sikorsky, menjalankan misi pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) apabila terhempas, kata tentera Turki dalam satu kenyataan. Punca kejadian masih belum diketahui.
“Dua belas anggota tentera kami yang berada dalam pesawat maut. Punca kemalangan akan diketahui selepas siasatan dibuat,” kata tentera Turki.

Helikopter itu terhempas ke atas sebuah rumah dan merempuh sebuah lagi, kata saksi yang melihat kejadian itu, Sayed Qayyum. 

Tragedi itu meninggalkan beberapa lubang besar pada rumah dua tingkat yang dilanggar itu. Beberapa bahagian bangunan terbakar dan bangkai helikopter berselerak di luar. 

Kementerian Dalam Negeri Afghanistan berkata, dua budak perempuan di darat juga terbunuh dalam kejadian manakala seorang wanita dan seorang kanak-kanak cedera. 
Pesawat itu terhempas di kawasan Hassian Khail di daerah Bagrami di Kabul. 
Kejadian itu adalah yang terbunuh di Afghanistan bagi tentera NATO sejak Ogos lalu. Dalam kejadian itu, 30 tentera Amerika terbunuh apabila helikopter Chinook ditembak jatuh di wilayah Wardak di tengah negara itu. – AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment