Search This Blog

Saturday, February 25, 2012

Tujuh marin terbunuh dua helikopter tentera AS bertembung



Helikopter AH-1W ‘Cobra’ (kiri) dan UH-1 Huey terbang berdekatan antara satu sama lain semasa pertempuran di Iraq pada 2004. Jenis helikopter yang serupa bertembung di udara di Arizona, kelmarin. – REUTERS


PHOENIX 24 Feb. - Dua buah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) kelmarin bertembung semasa mengadakan latihan di kawasan gurun di sempadan Arizona-California, menyebabkan kesemua tujuh askar Marin yang menaiki pesawat itu terbunuh.

Jurucakap unit Sayap Pesawat Udara Marin Ketiga, Leftenan Pertama Maureen Dooley berkata, dua helikopter terbabit mengadakan operasi latihan pada waktu malam semasa pelanggaran itu berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin (11 pagi waktu Malaysia semalam).

Menurutnya, lima anggota Marin menaiki helikopter UH-1Y Huey manakala dua lagi menaiki helikopter penyerang AH-1W Cobra.

Katanya, tiada pesawat lain yang terbang bersama dua helikopter tersebut ketika kedua-duanya bertembung di kawasan gurun tenggara California yang bersempadan dengan Arizona.

Sarjan Dustin Dunk dari unit Meriam Marin berkata, sepasukan anggota Marin dikerah ke tempat kejadian sebaik saja kejadian itu dimaklumkan.

"Keadaan cuaca dan persekitaran bukan penyebab kemalangan itu berlaku," katanya.

Namun Dunk enggan mengulas sama ada pelanggaran itu berpunca daripada alat penglihatan malam yang digunakan oleh krew terbabit. - REUTERS


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment