Search This Blog

Saturday, February 25, 2012

Tiga kereta remuk dihempap bumbung


ANGGOTA Bomba memeriksa kereta dihempap bumbung di Pusat Perniagaan IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya , semalam.
ANGGOTA Bomba memeriksa kereta dihempap bumbung di Pusat Perniagaan IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya , semalam.
PUCHONG: Tiga kereta yang diletakkan di tepi sebuah bangunan di Pusat Perniagaan IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya di sini, rosak teruk akibat dihempap serpihan bumbung bangunan yang jatuh selepas diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut, semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, kereta jenis Proton Persona, Perodua Kenari dan Toyota Vios yang diletak bersebelahan antara satu sama lain remuk di bahagian bumbung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Jefri Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.25 petang sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian itu.
“Setibanya di lokasi, kami dapati ada tiga kereta dihempap serpihan runtuhan bumbung yang dibina dari bahan alumunium dan zink yang kita percaya jatuh selepas diterbangkan angin kencang.

“Kita terus bersihkan serpihan bumbung dan alihkan semua kereta terbabit. Kerja pembersihan selesai pada jam 4.15 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Berita Harian Online | Tiga kereta remuk dihempap bumbung:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment