Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

Tak sempat sorok 40 peket heroin


JEMPOL: Hajat seorang lelaki menikmati kemewahan dengan cara mengedar dadah tidak kesampaian apabila dicekup dalam satu operasi oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di Felda Pasoh, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam serbuan jam 3 petang itu, suspek berusia 30-an yang panik melihat kehadiran polis tidak sempat menyembunyikan 40 peket heroin yang diletak di sebuah bangsal di belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, suspek yang sebelum ini pernah ditahan dalam kes sama turut positif heroin.
Katanya, ketika anggota polis memperkenalkan diri, lelaki itu cuba melarikan diri, namun dapat diberkas.

“Pemeriksaan lanjut polis di sekitar tempat kejadian membawa kepada penemuan 40 peket plastik lut sinar disyaki mengandungi heroin seberat 65 gram (g).

“Siasatan mendapati, harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai RM8,000 dan harga runcitnya pula kira-kira RM200 setiap satu paket.
“Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama,” katanya dalam sidang media di IPD di sini, semalam.

Difahamkan, suspek dikatakan baru keluar dari penjara dan tidak serik mengulangi tabiat buruknya itu.myMetro | Tak sempat sorok 40 peket heroin:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment