Search This Blog

Thursday, February 2, 2012

Selesema burung: Kematian kedua di Vietnam




2012/02/02

HANOI: Vietnam mengesahkan kematian kedua berpunca daripada selesema burung membabit manusia dalam tempoh hampir sebulan selepas dua tahun tiada berita berhubung kejadian itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan di selatan wilayah Soc Trang, Truong Hoai Phong berkata keputusan ujian yang dilakukan mengesahkan wanita berusia 26 tahun meninggal dunia akibat selesema burung pada 28 Januari selepas dimasukkan ke hospital tiga hari sebelumnya.
Truong Hoai berkata, wanita berkenaan yang baru melahirkan anak di sebuah hospital lain difahamkan menyembelih dan memakan ayam ternakannya.
Beliau berkata, kejadian ternakan sakit dan mati dilaporkan di kawasan kejiranan wanita berkenaan. - AP Berita Harian Online | Selesema burung: Kematian kedua di Vietnam:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment