Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

Polis serbu empat pusat judi Internet


SEREMBAN: Lima pelanggan yang leka bermain judi Internet tergamam apabila diserbu polis dalam beberapa siri operasi di Sikamat dan Kemayan Square, di sini, kelmarin.
Difahamkan, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, bermula jam 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya menerima aduan dan maklumat awam berhubung kewujudan aktiviti perjudian Internet di kawasan berkenaan.
“Bertindak atas maklumat itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap empat premis yang didapati menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 58 komputer dipercayai digunakan untuk kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pelanggan dan penjaga pusat Internet itu terkejut apabila melihat kehadiran polis dan tidak dapat melarikan diri.myMetro | Polis serbu empat pusat judi Internet:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment