Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment