Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

Mayat terbiar 9 jam dalam kafe

>TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan mati ketika leka bermain video di sebuah kafe Internet ketika premis itu dipenuhi pelanggan, kata polis semalam.

Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa menyedari lelaki terbabit mati walaupun mereka duduk bersebelahan dengannya sehinggalah beberapa jam kemudian.


Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 23 tahun itu memasuki kafe Internet di New Taipei pada malam Selasa dan ditemui mati dalam keadaan duduk dan tangannya berada di atas meja malam berikutnya.

“Mayat itu ditemui seorang pelayan wanita di kafe berkenaan,” katanya.


Kali terakhir pelayan itu melihat lelaki terbabit bercakap di telefon kira-kira tengah hari Rabu dan dipercayai mayat berkenaan berada di bangku selama sembilan jam.


Siasatan awal polis mengesyaki lelaki itu mati akibat serangan jantung berpunca daripada suhu rendah. - AFPmyMetro | Mayat terbiar 9 jam dalam kafe:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment