Search This Blog

Saturday, February 25, 2012

Ibu rayu Mohamaad Zaharudeen pulang sejak hilang 13 hari lalu


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Seorang ibu dari Kuala Kubu dekat sini meminta kerjasama orang ramai mengesan anaknya, Mohamaad Zaharudeen Yahya, 20, yang hilang sejak 13 hari lalu.

Nanda Shaari, 47, berkata, anaknya yang mengalami masalah lembam telah keluar rumah pada 12 Februari lalu untuk membeli sarapan di pekan berhampiran.

“Sejak itu dia tidak balik. Kali terakhir dia menghubungi saya tiga hari selepas menghilangkan diri dan memberitahu dia selamat dan sedang bekerja.

“Kami cuba menghubunginya tetapi sehingga hari ini tidak mendapat jawapan,” katanya ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bimbang akan keselamatan anaknya itu, Nanda telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu pada 14 Februari lalu.

Beliau menambah, usaha mencari sudah dilakukan di sekitar Klang selepas mendapat maklumat anaknya berurusan di sebuah bank di situ.

“Mohamaad Zaharudeen mempunyai masalah mental, jadi kami bimbang dia akan melakukan sesuatu di luar kawalan sehingga menyusahkan orang ramai.

“Kami juga bimbang dia diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Nanda berkata, anak keempat dari enam beradik itu gemar memakai baju sejuk tidak kira waktu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Nanda di talian 012-6150 529 atau Saddam, 012-9049 914.


Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment