Search This Blog

Wednesday, February 15, 2012

Castello pencuri lembu

PEKAN: Dia memperkenalkan diri sebagai Castello dan aktivitinya ialah mencuri lembu sebelum diserahkan kepada pemborong yang kemudian menjual daging haiwan itu kepada orang ramai termasuk mereka memerlukannya untuk mengadakan kenduri kahwin.

Bagaimanapun, kegiatan Castello berusia 45 tahun dan konconya yang berasal dari Kampung Salong itu berakhir selepas mereka diberkas di Bukit Rangin, di sini, jam 3 petang kelmarin selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pekan, membuat serbuan ke markasnya.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebelum kejadian, polis yang membuat intipan dan mengekori Castello mendapati suspek terbabit sedang berurusan dengan seorang peniaga di sebuah pasar di Kuantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, peniaga terbabit dipercayai rakan karib kepada Castello dan individu itulah yang sering membantunya mencari pelanggan.


Susulan itu, polis kemudian membuat serbuan dan menahan Castello bersama rakannya itu sebelum menahan dua beranak berusia 18 dan 40 tahun ketika mereka menaiki sebuah lori membawa muatan daging untuk dihantar kepada pelanggan.


“Hasil pemeriksaan dalam lori, polis menemui bahagian kepala dan kaki lembu yang sudah dilapah sebelum menahan lagi dua lelaki yang mempunyai hubungan adik-beradik berusia 19 dan 30 tahun berasal dari Temerloh.

“Semua suspek ditahan itu dipercayai rakan kepada Castello yang membantu mencuri lembu di sekitar Felda Chini sebelum melapah ternakan itu dan diserahkan kepada pemborong,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati, Castello yang mempunyai 25 rekod jenayah termasuk rogol dan pecah rumah dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan haram berkenaan bersama ahli kumpulannya.

Katanya, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes kehilangan lembu dengan tertangkapnya semua suspek terbabit.

myMetro | Castello pencuri lembu:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment