Search This Blog

Saturday, January 21, 2012

Wanita lihat anak dibunuh bekas suami

YANBU (Arab Saudi): Seorang wanita terkejut dan sedih selepas menyaksikan anak lelakinya mati dibunuh bekas suaminya, lapor akhbar al-Madinah, kelmarin.
Polis kemudian menahan lelaki itu sebelum siasatan lanjut dilakukan.
Lelaki itu memberitahu, dia tidak berniat membunuh anak lelakinya, Wisam, sebaliknya ingin menakutkan remaja berkenaan kerana tidak mentaatinya.

Ibu Wisam yang bercerai dengan bapanya menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman mati ke atas bekas suaminya itu.


“Saya tidak akan berpuas hati jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati.

“Dia bukan saja membunuh Wisam, tetapi juga kehidupan saya dan dia tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Wanita berasal dari Mesir itu menuduh bekas suaminya membalas dendam kerana Wisam lebih taat kepadanya.

“Bekas suami saya berang kerana Wisam yang tinggal bersamanya kerap meninggalkan kediaman tanpa izin.

“Dia mengancam untuk membunuh Wisam ketika menghubungi saya di telefon,” katanya.

Ketika kejadian, suspek berang kerana mendapati Wisam berada di depan kediaman bekas isterinya selepas mendapati dia keluar dari rumah tanpa izin.

Suspek menyerang Wisam dengan kayu sebelum menikamnya.

Menurut wanita itu dia menjerit meminta tolong dan pemilik kedai berhampiran membantunya menghantar Wisam ke hospital. - AN

No comments:

Post a Comment