Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Tiga warga Indonesia ditahan bantu siasatan


09/01/2012 8:13pm

PASIR PUTEH – Polis Pasir Puteh menahan tiga lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes samun bersenjata yang membabitkan sebuah keluarga di Kampung Raja, Limbungan di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, dua daripada lelaki yang dipercayai dari Riau itu ditahan di Kampung Wakaf Bunut dan seorang lagi ditahan di perhentian teksi di sini.

"Mereka yang berumur antara 27 dan 29 tahun dipercayai cuba melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Pada kejadian pukul 3 pagi itu, ketiga-tiga lelaki yang memecah masuk rumah kediaman keluarga terbabit, bertindak mengikat mangsa dan mengacu pisau di leher serta memaksa mereka menyerahkan wang dan barang berharga.

Mohd Kamal berkata, polis melancarkan gerakan mengesan suspek menerusi pasukan khas yang ditubuh selepas menerima aduan daripada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga lelaki itu polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun yang sering berlaku sebelum itu di beberapa kampung di daerah tersebut. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment