Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Suami isteri direman kes tembak tukang masak



SEPASANG suami isteri dipercayai suspek kepada kes tembakan di Kampung Binjai, ditahan reman oleh polis selama empat hari selepas di bawa ke Mahkamah Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 8 Jan. - Sepasang suami isteri ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tembak seorang tukang masak di sebuah kedai makan di Kedai Mulong, Binjai, di sini semalam.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret, Faezah Abdullah di sini pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan pasangan terbabit pukul 7 petang semalam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Katanya, lelaki yang merupakan peniaga ikan, berusia 33 tahun berasal dari Bandar Lama, Machang ditahan bersama isterinya berusia 30 tahun dari Kok Lanas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun," katanya.

Ketika dibawa ke mahkamah, kedua-duanya yang memakai baju lokap berwarna ungu dilihat menunduk dan menyorokkan wajah. Sehingga kini tiada pengakuan daripada mereka berhubung kejadian tersebut.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi semalam, seorang tukang masak warga Thailand cedera selepas terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan tiga suspek di kedai makan tempatnya bekerja.

Mangsa, Mohd. Shari Yusof, 32, ketika kejadian sedang memunggah barang daripada kenderaan majikannya yang baru balik dari pasar besar untuk dibawa masuk ke dalam.

Dia kemudian dihampiri sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki tiga suspek sebelum menembak ke arahnya dan terkena di bahagian lengan.Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment