Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

SPRM panggil empat saksi bantu siasatan


IPOH 7 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah memanggil empat saksi bagi membantu siasatan kes seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak dicekup bersama wang tunai RM720,000 di dalam rumahnya, Rabu lalu.

Menurut sumber, empat saksi terbabit terdiri daripada tiga pekerja jabatan berkenaan serta seorang tauke balak.

"Beberapa ahli keluarga pegawai kanan itu juga akan dipanggil untuk mengesahkan status akaun saham amanah bernilai RM4 juta yang dirampas semasa serbuan di rumah itu tempoh hari.

"Kita juga sedang mengesan beberapa saksi lain dan meminta agar tampil membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam, SPRM menahan seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dan merampas wang tunai RM720,000 ketika serbuan di rumahnya di Gerik, Rabu lalu.

Turut ditemui, beberapa akaun saham amanah di atas nama ahli keluarga suspek yang nilai pelaburannya mencecah RM4 juta.

Sebahagian wang tunai itu disorokkan di dalam lipatan kain telekung dan bakinya ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah.

Pengarah SPRM negeri, Noraziah Abdul Manaf dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) enggan mengulas lanjut isu tersebut.Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment