Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Saya sudah serik nak bercinta - Norzila


MELAKA – Mangsa tikaman cemburu, Norzila Alismadi, 22, kini serik untuk bercinta dengan menerima lelaki selepas nyaris maut ditikam di perut oleh kekasihnya sendiri lewat malam Khamis lalu.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, dia masih terbayang-bayang kejadian itu sehingga menyebabkannya fobia untuk bercinta dengan lelaki.

“Dalam masa terdekat ini saya tidak akan bercinta dengan lelaki, masa depan tak tahu lagi.

“Kalau ditakdirkan saya bercinta semula di masa hadapan, saya akan lebih berhati-hati memilih pasangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Kosmo! muka depan semalam melaporkan Norzila ditikam sebanyak dua kali diperut oleh kekasihnya, seorang duda anak satu hanya kerana perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap apabila gadis berkenaan mahu memutuskan hubungan.

Kejadian pukul 10 malam di belakang sebuah restoran makanan segera di Lebuh Ayer Keroh di sini itu menyebabkan Norzila yang bekerja di premis berkenaan nyaris kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang bergegas membawanya ke Hospital Melaka.

Difahamkan, Norzila ingin memutuskan hubungan yang terjalin sejak lapan bulan lalu selepas tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain dia dipaksa membayar ansuran bulanan kereta suspek sebanyak RM420.

Norzila berkata, sebagai langkah berhati-hati, dia selepas ini akan menyiasat latar belakang bakal teman lelakinya sebelum bercinta.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment