Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Polis temui 5 kepala mangsa bunuh

TORREAN: Lima maut dipancung dan lima lagi dibunuh dalam beberapa kejadian keganasan di bandar tengah Mexico, kata pihak berkuasa semalam.

Kata pegawai itu, pihak berkuasa menemui lima kepala manusia di beberapa tempat di Torrean.


Katanya, kepala pertama ditemui malam Jumaat lalu, manakala yang kelima awal pagi kelmarin.

“Tubuh mangsa bunuh itu belum ditemui,” katanya.


Sementara itu di lokasi lain, lima orang dibunuh, termasuk empat daripadanya ditembak.


Mangsa kelima, kata pegawai itu, maut ditikam. Torrean adalah bandar terbesar negeri Coahuila dan bersempadan dengan negeri Texas yang sering berlaku keganasan antara kartel dadah Mexico. - AFP

myMetro | Polis temui 5 kepala mangsa bunuh:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment