Search This Blog

Saturday, January 21, 2012

Penganggur kudung simpan motosikal curi dijel


Jenayah

GEORGETOWN - Seorang penganggur yang kehilangan separuh daripada tangannya dalam kemalangan baru-baru ini, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000, selepas didapati bersalah menyimpan sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri 5 November lalu.
Majistret Noor Aini Yusof memutuskan hukuman itu sejurus Ramesh Mohana Krishna, 35, menukar kepada pengakuan bersalah setelah pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya, semalam.
Noor Aini mengarahkan tertuduh menjalani hukuman berkuasa kuasa daripada tarikh sabitan iaitu kelmarin (19 Januari). Beliau memerintahkan Ramesh dipenjarakan sebulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Mengikut pertuduhan, Ramesh dari Farlim didapati bersalah menyimpan sebuah motosikal jenama EX5 berwarna hijau milik Chuah Han Meng, 32, di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Air Itam, kira-kira jam 3.50 petang, 15 November.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan enam bulan hingga lima tahun dan denda.
Dalam kejadian, mangsa meletakkan motosikalnya di bawah Pangsapuri Semarak, Lorong Semarak Api, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 8 pagi, 5 November.
Bagaimanapun, lapan jam kemudian, mangsa keluar ke tempat parkir menyedari motosikal yang berkunci dengan baik itu sudah tiada.
Mangsa mengesyaki motosikalnya dicuri membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru, yang membawa kepada penahanan Ramesh, 15 November iaitu 10 hari selepas kenderaan itu hilang.

No comments:

Post a Comment