Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Pekerja restoran tertembak

KOTA BHARU: Malang buat seorang pekerja restoran warga Thailand apabila cedera parah selepas tembakan yang disasarkan kepada majikannya, terkena lengan kirinya di depan sebuah restoran di Kampung Binai, Mulong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi, Mohd Shaari Yusof, 23, terkena tembakan ketika mengangkat barang dari van majikannya yang baru pulang daripada membeli barangan restoran di Terminal Agribisnes Negara (Teman), Tunjong, dekat sini.


Tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki yang melepaskan tiga das tembakan secara rambang dengan satu peluru menembusi lengan kiri Mohd Shaari.

Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh majikannya, Nik Ikhwanullah Nik Pa, 27, dan keadaannya dilaporkan stabil.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan perniagaan ikan antara pemilik restoran berkenaan dengan suspek yang berasal dari Kok Lanas, dekat sini.


“Polis mengenal pasti ketiga-tiga lelaki dan kini memburu mereka. Senjata digunakan ialah revolver .38 berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan siasatan turut menjurus kepada siapa melepaskan tembakan,” katanya.


Nik Ikhwanullah berkata, sebelum kejadian, tiga kenderaan mengekorinya sebaik keluar dari Teman iaitu sebuah lori satu tan, sebuah pacuan empat roda dan sebuah Proton Wira, namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Sebaik tiba di depan restoran dan ketika menurunkan barangan dibeli, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira melalui depan kedai dengan perlahan dan tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan dengan satunya terkena pekerja saya.


“Sebaik melepaskan tembakan, kereta itu memecut meninggalkan tempat kejadian dan saya terus membawa pekerja saya ke HUSM untuk dirawat,” katanya.myMetroPekerja restoran tertembak:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment