Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Mercun, bunga api dirampas di sempadan


09/01/2012 8:15pm

RANTAU PANJANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai kira-kira RM250,000 termasuk cukai, dalam satu serbuan di pangkalan haram Terusan di sini, semalam.

Panglima Markas Lapan Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, dalam rampasan pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan barang terlarang itu melarikan diri.

"Mercun dan bunga api itu dimasukkan ke dalam 36 buah kotak besar yang setiap satu dianggarkan bernilai lebih RM2,400,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Zaki berkata, sekumpulan pegawai dan anggota tentera yang membuat rondaan melihat sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok sebelum menghampiri mereka dan pemeriksaan dalam kotak-kotak itu mendapati pelbagai jenis mercun dan bunga api, dipercayai diseludup dari negara jiran.

Beliau berkata, semua rampasan itu akan diserahkan kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Mohamad Zaki berkata, sepanjang tahun lepas, barang bernilai kira-kira RM3 juta dirampas ATM dalam Ops Merpati dan Ops Wawasan sepanjang sempadan Kelantan-Thailand. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment