Search This Blog

Friday, January 27, 2012

Melecur karan payung BEAUFORT: Seorang pekerja kontrak melecur tangan kanan dan bahu selepas terkena renjatan elektrik apabila payung dipegangnya kerana hujan gerimis tersentuh kabel elektrik ketika melakukan kerja penyambungan kabel di Batu Lima, Jalan Sipitang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa dikenali sebagai Zulkiflie Kayo, 46, bersama rakannya Isa Osman, 40-an, sedang melakukan kerja penyambungan elektrik di salah sebuah tiang elektrik di kawasan berkenaan. Difahamkan ketika kejadian, mangsa dikatakan menggunakan jentera untuk tiba di bahagian atas tiang elektrik itu bagi melakukan kerja penyambungan. Bagaimanapun, hujan gerimis menyebabkan mereka terpaksa menggunakan payung untuk menyiapkan kerja berkenaan. Namun, sebaik Zulkiflie membuka payung, bingkai besi payung itu terkena salah satu kabel elektrik sehingga menyebabkan mangsa terkena renjatan. Akibatnya, mangsa rebah manakala payung berkenaan terbakar. Menurut Isa, dia terkejut melihat percikan api manakala rakannya yang masih berada di tiang terkulai dipercayai pengsan. “Saya kemudian terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan. “Saya bersyukur apabila bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya menurunkan mangsa dan dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut,” katanya. Sementara itu, Penyelia Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Beaufort, Joseph Ganang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi dan lima anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba, mangsa masih berada di tiang elektrik dengan ketinggian hampir enam meter dan dalam keadaan lemah. “Mangsa diturunkan dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecur di tangan kanan dan bahu akibat terkena payung yang terbakar,” katanya. Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Beaufort untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

BEAUFORT: Seorang pekerja kontrak melecur tangan kanan dan bahu selepas terkena renjatan elektrik apabila payung dipegangnya kerana hujan gerimis tersentuh kabel elektrik ketika melakukan kerja penyambungan kabel di Batu Lima, Jalan Sipitang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa dikenali sebagai Zulkiflie Kayo, 46, bersama rakannya Isa Osman, 40-an, sedang melakukan kerja penyambungan elektrik di salah sebuah tiang elektrik di kawasan berkenaan.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dikatakan menggunakan jentera untuk tiba di bahagian atas tiang elektrik itu bagi melakukan kerja penyambungan.

Bagaimanapun, hujan gerimis menyebabkan mereka terpaksa menggunakan payung untuk menyiapkan kerja berkenaan.

Namun, sebaik Zulkiflie membuka payung, bingkai besi payung itu terkena salah satu kabel elektrik sehingga menyebabkan mangsa terkena renjatan.

Akibatnya, mangsa rebah manakala payung berkenaan terbakar.

Menurut Isa, dia terkejut melihat percikan api manakala rakannya yang masih berada di tiang terkulai dipercayai pengsan.

“Saya kemudian terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

“Saya bersyukur apabila bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya menurunkan mangsa dan dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Beaufort, Joseph Ganang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi dan lima anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, mangsa masih berada di tiang elektrik dengan ketinggian hampir enam meter dan dalam keadaan lemah.

“Mangsa diturunkan dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecur di tangan kanan dan bahu akibat terkena payung yang terbakar,” katanya.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Beaufort untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

No comments:

Post a Comment