Search This Blog

Friday, January 27, 2012

Lelaki ditemui lemas di Sungai Perak

IPOH: Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Perak di Tekuk Intan hari ini, dua hari selepas dia dilaporkan terjatuh ketika berjalan di tebing sungai itu.
Mayat S. Perumal, 58, berasal dari Taman Desa, Batu 6, Teluk Intan, ditemui terapung pada 7.30 pagi tadi kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian lain, seorang remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Km 10 Jalan Ayer Kuning-Labu Kubung dekat Tapah, pada 8 malam tadi.


Rohaidi a/l Long, 17, yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik di Ayer Kuning. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment