Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Langgar, belasah, samun

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan parah selepas terkena beberapa das tembakan, manakala seorang lagi pekerja syarikat pengurup wang asing cedera dipukul dalam kejadian samun, malam kelmarin.

Difahamkan, kereta Honda Accord dipandu seorang lelaki membawa kedua-dua mangsa dan seorang pekerja syarikat sama melalui jejambat ke sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini, sebelum dilanggar sebuah Proton Waja dari belakang.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, empat lelaki berkenaan membawa wang tunai RM190,000 dan dalam perjalanan untuk diserahkan ke kaunter pengurup wang.

“Sebaik tiba di atas jejambat berkenaan, sebuah Proton Waja melanggar belakang kereta mangsa sebelum dua kereta jenis Naza Citra menghalang dari depan dan kanan.


“Kira-kira tujuh lelaki, termasuk bersenjatakan pistol dan besi turun dari kenderaan serta melepaskan beberapa das tembakan ke arah pengawal keselamatan yang duduk bersebelahan pemandu,” katanya.


Pekerja yang duduk di belakang pemandu dipukul dengan besi sebelum beg berisi wang tunai itu dilarikan dengan menaiki sebuah Naza Citra dan sebuah motosikal.

Arjunaidi berkata, seorang mangsa menghubungi rakan dan polis.


“Tiba di tempat kejadian, pengawal keselamatan yang ditembak dan seorang pekerja yang cedera di kepala dibawa ambulans ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Kedua-duanya dilaporkan stabil. Forensik menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiga kereta dan motosikal terbabit disyaki kenderaan curi dan polis giat memburu suspemyMetroLanggar, belasah, samun:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment