Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Kokain 1 tan tertanam di tepi pantai

SAN JOSE: Polis Costa Rica menemui satu tan kokain ditanam di kawasan pantai negara itu selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenainya, kata pegawai kerajaan semalam.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Costa Rica, Celso Gamboa, dadah itu dibungkus dalam beg plastik ditemui di kawasan pantai menghadap Lautan Pasifik, kelmarin.


“Rampasan dadah ini bukan sebahagian daripada siasatan bagi kes sedia ada,” katanya kepada media.

Justeru, kata Celso, pihak berkuasa perlu meneliti butiran lanjut yang diperoleh daripada penemuan itu, termasuk dari mana dadah berkenaan dibawa.


Turut disiasat, katanya, ke mana kokain itu dirancang dibawa.


Penemuan itu dibuat sehari selepas pihak berkuasa Costa Rica merampas 360 kilogram kokain yang diangkut dengan lori berisi besi buruk.

Dadah berkenaan dirampas di kawasan berhampiran sempadan Costa Rica - Nicaragua.


Amerika Syarikat mendakwa, ratusan tan kokain masuk ke negara itu dari wilayah Amerika Tengah yang menjadi pusat transit utama dadah Amerika Selatan. - AFPmyMetro | Kokain 1 tan tertanam di tepi pantai:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment