Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Kastam rampas gading gajah bernilai RM2.4j


09/01/2012 8:27pm

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup kira-kira 492.4kg gading gajah bernilai RM2.4 juta di Pelabuhan Barat di sini.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, gading berkenaan berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, ditemui dalam sebuah kontena yang telah ditahan oleh bahagian penguat kuasa jabatan itu menerusi satu sistem pengesan, Jumaat lalu.

"Dagangan dalam kontena itu diikrar sebagai ”Polyester and Nylon Strand Matting” dan apabila diperiksa dengan teliti pihak kami menemui bungkusan gading gajah yang dimuatkan dalam 14 buah kotak yang diletakkan di bahagian belakang kontena bersama dengan muatan tayar terpakai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azis berkata, siasatan awal mendapati gading itu dari Pelabuhan Cape Town, menuju ke destinasi terakhir iaitu Pelabuhan Klang.

"Pihak kami berjaya memintas barang-barang tersebut di Pelabuhan Barat,” katanya.

Beliau berkata, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya bagi tujuan untuk menyeludup barang-barang larangan Kastam. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment