Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Iktibar kejadian lemas banjir kilat


KUCHING 8 Jan. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil iktibar daripada kejadian malang menimpa pelajar, Kho Ying Qi dan pekerja stesen minyak, Herman Sihas yang dihanyutkan arus deras longkang ketika banjir kilat melanda bandar raya ini Khamis lalu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, walaupun insiden itu berlaku tanpa diduga, ia sepatutnya memberi pengajaran kepada PBT supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan di setiap longkang dan parit di sekitar bandar raya.

"Cadangan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk memasang pagar di sepanjang parit besar dalam kawasan seliaan mereka amat dialu-alukan dan perlu dicontohi pihak PBT lain.

"Sekurang-kurangnya, apabila berlaku bencana banjir, orang ramai dapat berpegang pada pagar tersebut di samping menjadikan ia sebagai penanda untuk membezakan sempadan longkang dan jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita ketika melawat pusat operasi mencari dan menyelamat dua mangsa berkenaan di Sungai Maong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Khamis lalu, Ying Qi, 19, yang tergelincir ke dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Rock cuba diselamatkan oleh Herman namun kedua-duanya hilang setelah dihanyutkan arus deras longkang tersebut.

Mayat Herman, 29, yang berasal dari Lundu hanya dijumpai pukul 8.45 pagi semalam oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Sungai Maong, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, Ying Qi sehingga kini belum ditemui.Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment