Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Geng Maday aktif curi lori tumpas



MOHD. Fauzi Nayan (kiri) melihat komponen lori yang dirampas hasil penemuan sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, Bagan Serai, semalam.


BAGAN SERAI 8 Jan. - Polis menumpaskan kumpulan curi lori dikenali sebagai Geng Maday yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar negeri ini dan Pulau Pinang sejak Oktober lalu, ekoran penahanan empat anggotanya dalam serbuan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mohd. Fauzi Nayan berkata, bertindak atas satu laporan polis, pihaknya berjaya menahan dua lelaki masing-masing di Ipoh dan Kuala Kangsar.

Katanya, soal siasat menemui komponen kenderaan itu termasuk enjin dan tayar yang bernilai kira-kira RM1 juta.

"Sindiket mencari sasaran lori Hino dan Mercedes-Benz sebelum menghidupkan enjin kenderaan itu dengan cara mencantumkan wayar.

"Lori tersebut akan disembunyikan terlebih dahulu di tempat selamat sebelum dibawa ke lokasi yang dijanjikan untuk dijual dengan harga RM3,000 bagi sebuah kenderaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap ditahan reman sehingga esok dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, polis mencari seorang saksi yang dipercayai mampu menyelesaikan kes tersebut iaitu M. Selvam, 58, yang mempunyai nombor kad pengenalan bernombor 541225-08-5159Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment