Search This Blog

Friday, January 27, 2012

Dituduh dera bayi

SHAH ALAM: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mendera bayi lelaki berusia lapan bulan ketika menjaga mangsa di rumahnya, di Seksyen 7, di sini, tahun lalu.
Tertuduh, Siti Rogayah Shaikh Ismail bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal. Mengikut pertuduhan, suri rumah itu sebagai seorang yang diberi kuasa untuk menjaga bayi itu dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya R Hemavthi menawarkan jaminan RM5,000.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Hafiz Zainol Abidin yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

Beliau berkata, wanita itu dan suaminya yang akan menjadi penjamin tidak bekerja.

Nurul Syahida membenarkan jaminan RM1,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh perlu juga melapor diri di balai polis berdekatan pada hari pertama setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

No comments:

Post a Comment