Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Anak cuba hidupkan peniagaan dadah ayah


09/01/2012 6:20pm

CHENNAI – Seorang pembekal muda narkotik, yang mendakwa menghidupkan perniagaan bapanya menyeludup dadah ke Malaysia, ditangkap di bandar raya ini, semasa cuba mengedar dadah jenis ephedrine bernilai hampir RM3 juta.

Suspek berumur 23 tahun itu ditangkap berdekatan stesen kereta api Chennai semalam, semasa menunggu dua konconya menghantar 25 kilogram ephedrine dari Mumbai, yang didakwa untuk seorang pembeli rakyat Malaysia.

Suspek itu merupakan pemegang diploma kejuruteraan dari sebuah institusi terkemuka di Chennai, tempat asalnya, tetapi bergantung hidup pada pengedaran dadah, dengan mengikut jejak langkah bapanya, kata para penyiasat agensi perisikan India.

"Dia mengambil alih perniagaan itu daripada bapanya yang ditangkap pada 2010 semasa cuba menyeludup dadah dalam pembancuh ais ke Malaysia. Bapanya telah meninggal dunia.

"Anaknya menjadi pembekal dan ephedrine adalah untuk dibekalkan dalam kuantiti kecil ke Malaysia menggunakan kurier,” ketua pengarah tambahan Direktorat Perisikan Hasil (DRI), sebuah agensi siasatan terkemuka India, memberitahu Bernama hari ini. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment