Search This Blog

Monday, January 9, 2012

7 penumpang Qantas cedera


SYDNEY 8 Jan. - Tujuh penumpang pesawat Qantas A380 dari London ke Singapura cedera termasuk empat daripadanya menerima rawatan di hospital selepas pesawat berkenaan berdepan cuaca buruk awal pagi semalam.

Jurucakap syarikat penerbangan Australia itu hari ini berkata, keadaan itu berlaku di ruang udara India dan pesawat mengalami "gelora udara teruk" tiga jam sebelum ia sampai ke Singapura.

"Empat daripada penumpang yang tercedera dibawa ke hospital sebaik tiba di Singapura. Kesemua mereka sudah dibenarkan keluar dan boleh meneruskan penerbangan berikutnya," katanya.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa lebam dan tercampak dari tempat duduk apabila kapal terbang itu bergegar selepas dipukul angin kencang.

"Pemeriksaan rapi dilakukan dan tiada kerosakan ke atas pesawat dilaporkan. Ia dijadualkan meneruskan penerbangan ke bandar ini pada pukul 9 malam ini," katanya.

Insiden ini menambah beberapa siri rekod buruk pesawat A380 milik Qantas selepas sebuah pesawat dua tingkat jenis itu mengalami masalah enjin ketika ia berlepas dari Singapura pada November lalu.

Minggu lalu, pesawat yang sama dikesan mengalami keretakan kecil pada sayapnya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment