Search This Blog

Monday, January 9, 2012

26 rumah hangus, 170 hilang tempat tinggal


09/01/2012 12:03pm

KUALA LUMPUR — Kira-kira 170 orang yang mendiami 26 buah rumah setinggan di Kampung Seri Inai, Batu 7 1/2, Hulu Klang hilang tempat tinggal dalam kebakaran semalam.

Ketua Cawangan Penguasa Balai dan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata kebakaran berlaku pada 4.10 petang yang dipercayai berpunca daripada litar pintas dari salah sebuah rumah tersebut.

Beliau berkata sebanyak 10 buah rumah lagi dapat diselamatkan.

Kebakaran dapat dipadam oleh seramai 41 anggota bomba dari balai Ampang, Pandan Indah dan Wangsa Maju dalam masa 20 minit, katanya.

Mangsa dilaporkan ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai. — BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment