Search This Blog

Friday, January 27, 2012

15 mati dicemari kencing tikus

KUALA LUMPUR: Fakta menakutkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 2,018 kes leptospirosis atau kencing tikus tahun lalu dengan 15 daripadanya menemui ajal berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,976 kes dan 69 kematian.

Data diperoleh menerusi eNotis menunjukkan penyakit itu perlu diberi perhatian serius, sekali gus bermula tahun lalu penyakit itu diwartakan sebagai ‘perlu lapor’ mengikut Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peningkatan 58 kes tahun lalu mungkin disebabkan sistem pelaporan yang diwajibkan, selain peningkatan kesedaran dalam kalangan pengamal perubatan dan kemudahan diagnosis makmal.

“Semua fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta wajib melaporkan kes dan kematian membabitkan,” katanya.


“Kes ini diberi perhatian serius kerana ia penyakit berjangkit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia. Ia disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit. Pelbagai haiwan liar dan domestik boleh dijangkiti dan menjadi pembawa kuman leptospira, antaranya tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi dan kuda.

Tikus haiwan utama boleh dijangkiti dan menjadi pembawa kuman ini dan mencemari persekitaran. Manakala tempoh inkubasi jangkitan antara lima hingga 10 hari, namun boleh berlarutan hingga 30 hari.


Mengulas kematian penyanyi, Khairil Izwan Pilus, 33, Rosnah berkata, semakan dengan Hospital Ampang mendapati kematiannya tiada kaitan dengan jangkitan leptospira dan beliau mendapat jangkitan kuman pada paru-paru dengan komplikasi berat pada lain-lain organ.

myMetro | 15 mati dicemari kencing tikus:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment