Saturday, December 24, 2011
UPP Kelantan Rampas Pelbagai Jenis Mercun, Bunga Api
Polis Mumbai Halang 'Penari' Dihantar Ke Bandaraya Di Asia Tenggara
'via Blog this'
Polis Akhirnya Berjaya Tahan Wanita Sembunyikan 2 Kanak-Kanak
'via Blog this'
11 pelombong Afghanistan maut dalam kemalangan
Jurucakap pejabat wilayah Baghlan, Mohammad Haqmal, berkata kemalangan di daerah Narin berlaku petang Jumaat.
Beliau berkata, pasukan polis dan penyelamat beradadi tempat kejadian, di mana punca kemalangan masih belum diketahui. - AP
'via Blog this'
Pembetung pecah jalan runtuh
KUALA KRAI - Pelajar dari beberapa kampung pedalaman di Dabong yang akan memulakan persekolahan awal Januari ini bakal berdepan kesukaran jika dua laluan utama mereka di Kampung Ingin Maju, dekat sini, yang rosak tidak dibaiki segera.
Paling teruk terjejas ialah pelajar dari Kampung Ingin Maju, Seri Bintang, Seri Jaya, Seri Mahligai dan Kemubu, dekat Dabong yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerek, Gua Musang.
Penduduk, Ibrahim Awang, 56, berkata, jalan itu rosak selepas hujan lebat dan banjir di kawasan berkenaan kira-kira dua minggu lalu menyebabkan saliran pembetung di dua jalan utama penduduk runtuh.
“Pembetung pecah dan runtuh di dua jalan ini perlu dibaiki segera kerana ia satu-satunya laluan pelajar dari beberapa kampung dekat sini untuk berulang-alik ke sekolah.
“Selain pelajar sekolah, dua jalan ini juga laluan utama jika penduduk dari kampung berdekatan hendak keluar ke Gua Musang termasuk untuk bekerja dan cari rezeki,” katanya, di sini, semalam.
Justeru, Ibrahim menggesa ketua masyarakat setempat dan agensi kerajaan berkenaan memberi perhatian serius dan keutamaan kepada masalah kerosakan di dua laluan berkenaan.
“Salah satu jalan ini kini hanya boleh dilalui motosikal manakala hakisan akibat pembetung pecah di jalan sebelah lagi juga semakin teruk,” katanya memberitahu, kedua jalan itu dipisahkan landasan kereta api.
Sementara itu, Penyelaras Umno Dun Dabong, Muhammad Awang berkata, beliau baru menerima laporan mengenai kerosakan pembetung itu daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Tanpa Mukim Dun itu, kelmarin.
“Pengerusi JKKKP Tanpa Mukim Dun Dabong, Ismail Hamid memaklumkan perkara ini kepada saya, kelmarin dan saya minta dia bantu penduduk buat permohonan rasmi.
“Bila terima surat penduduk nanti, saya akan kemukakan kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan supaya kerosakan pada dua jalan ini dapat dibaiki segera,” katanya.
Menurutnya, masalah pembetung pecah dan jalan runtuh itu mungkin dapat diselesaikan lebih cepat jika beliau mendapat laporan lebih awal daripada penduduk.
“Ini kerana permohonan peruntukan untuk membaiki jalan di sekitar Dabong baru dikemukakan kepada agensi kerajaan berkenaan ,” katanya. Pembetung pecah jalan runtuh - Kelantan - Sinar Harian:
'via Blog this'
Guru direman miliki pil kuda
'via Blog this'
Jurukimpal maut
MUAR – Seorang jurukimpal besi maut apabila lori dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan kereta selepas dirempuh dari arah belakang oleh sebuah treler di Jalan Bukit Pasir di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku apabila lori satu tan dengan muatan besi pagar dipandu Abdul Raub Abd Rashid, 36, bersama dua penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Muar ke Taman Indah Bukit Pasir untuk memasang besi pagar di rumah pelanggannya.
Bagaimanapun, ia hilang kawalan selepas dirempuh sebuah treler ketika hendak membelok memasuki Taman Indah lalu terbabas laluan bertentangan.
Sebuah kereta Proton Wira dari arah Pagoh menghala ke Muar yang ketika itu berada di laluan itu gagal mengelak lalu merempuh lori mangsa sehingga menyebabkannya berpusing sebelum terbalik. Manakala kereta terbabit remuk di bahagian hadapan.
Abdul Raub meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
Dua penumpang lori terbabit yang cedera parah dan pemandu kereta yang mengalami kecederaan ringan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Pemandu treler yang tidak mengalami kecederaan membuat laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan. Jurukimpal maut - Jenayah - Sinar Harian:
'via Blog this'
Saya terdesak samun untuk beli susu anak
KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.
Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.
Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.
Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah. Saya terdesak samun untuk beli susu anak - Terengganu - Sinar Harian:
'via Blog this'
Warga emas nyaris maut
KUANTAN - Suami isteri warga emas nyaris maut apabila sebahagian kediaman mereka di kawasan lereng bukit Kampung Bukit Beirut di sini runtuh kira-kira jam 7.30 malam kelmarin dipercayai akibat berlakunya aliran air bawah tanah selepas hujan lebat beberapa hari sebelumnya.
Awang Mat, 83, berkata, ketika kejadian dia dan isterinya, Tom Awang, 70, sedang berbual di rumah mereka yang diduduki lebih 50 tahun dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat seperti guruh serta melihat almari pakaian dan pinggan mangkuk hilang dari pandangan.
Menurutnya, hanya perasaan syukur diluahkan apabila dia dan isterinya yang juga lumpuh sejak setahun lalu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
“Bahagian rumah yang ranap itu jarang digunakan namun perasaan bimbang tetap ada takut seluruh rumah ini runtuh dalam musim sebegini.
“Namun saya tidak berhasrat untuk berpindah kerana tiada tempat untuk dituju dan tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka pun bukannya orang senang dan tinggal menyewa,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, mereka tinggal di bahagian rumah yang masih elok sebelum menerima arahan berpindah terus dari sini.
“Lagipun saya tidak mampu untuk membaiki rumah dan bina benteng penahan sebelum rumah ini terus menyembah bumi,” kata bapa kepada lima anak itu.
Menurutnya, setakat ini, isterinya yang tidak mampu bergerak cergas dan kian uzur itu bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM600 yang diterimanya setiap bulan untuk keperluan harian.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming meluangkan masa hampir satu jam menziarahi keluarga berkenaan.
Beliau menasihatkan mangsa berpindah sementara waktu kerana gusar dengan struktur tanahnya yang tidak selamat lagi didiami selain akan merujuk kepada Pejabat Tanah dan Daerah serta JKM bagi tindakan susulan.
Menurutnya, rumah itu berada dalam keadaan bahaya kerana dipercayai ada aliran air bawah tanah yang menyebabkan kemungkinan kejadian sama boleh berulang lagi selain wujud tanda rekahan di bahagian rumah itu. Warga emas nyaris maut - Pahang - Sinar Harian:
'via Blog this'
Penipuan transaksi Internet meningkat sejak 2009 - Polis
'via Blog this'
Hilang telinga angkara wanita
PASIR MAS – Seorang pekerja di pusat membeli-belah, putus telinga kiri dan mendapat 50 jahitan pada badan setelah dia dicederakan menggunakan parang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, baru-baru ini.
Motif yang dipercayai akibat cemburu mengakibatkan dia terpaksa hidup tanpa cuping telinga sehingga akhir hayatnya.
Mangsa, Mohd Ridzuan Jusoh, 21, berkata, meskipun kejadian ini berlaku tiga minggu lalu, dia tidak akan melupakan detik-detik dia diculik tiga lelaki, dihiris menggunakan parang dan dilepaskan di tepi jalan dekat Bayu Lalang.
Menurutnya, dia hanya mengenali seorang perempuan berusia 28 tahun, sejak dua bulan lalu dan mereka mulai berkawan kerana dia mengaku masih bujang.
“Saya hanya mengetahui status perempuan itu, setelah suaminya memberitahu ketika menculik saya 10 Disember lalu.
“Lelaki berkenaan sepatutnya sedar bahawa bukan saya yang menjadi punca keruntuhan rumah tangganya, kerana saya juga menjadi mangsa kepada perempuan itu,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan tidak patut mengambil pendekatan sedemikian sebaliknya dia perlu menyelidiki perkara yang sebenar.
Ridzuan berkata, lelaki berkenaan bukan sahaja mencederakannya menggunakan parang, malah suspek juga merampas dompet, telefon bimbit dan wang berjumlah RM504.
“Wang yang saya kumpul sejak setahun lalu, lesap begitu sahaja sedangkan wang itu perlu dilunaskan untuk mendapatkan lesen memandu.
“Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya, kerana mereka juga tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Hasnah Hamat, 69, berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan dapat mencari keadilan kepada anak bongsu daripada sembilan beradik ini.
“Perbelanjaan untuk memulihkan telinga terlalu tinggi, sedangkan saya dan suami sudah lama tidak bekerja.
“Saya berharap supaya lelaki dan perempuan berkenaan sedia menyerah diri dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan ke atas anak saya,” katanya.
'via Blog this'