KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium di Taman Ampang Utama, di sini menghubungi polis selepas melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan, berjaya menghalang pengedaran lebih 77,000 tiub dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM4.6 juta, petang kelmarin.
Polis yang bergegas ke lokasi sebaik dihubungi, berjaya mengesan dua lelaki terbabit sebelum dibawa ke sebuah kediaman di tingkat 15 bangunan berkenaan yang diubah suai menjadi makmal memproses syabu. Polis turut menyita peralatan memasak dan memproses syabu seperti ketuhar dan periuk selain sebuah Toyota Caldina digunakan suspek.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dadah seberat 23 kilogram itu sedia untuk diedarkan dengan satu tiub syabu berharga RM60.
Kedua-dua lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
“Melalui kejayaan ini, Polis Selangor berjaya menyelamatkan nyawa 77,680 individu andai satu tiub diedarkan kepada seorang individu. Malah kita percaya rampasan ini juga dapat menghalang aktiviti jenayah kerana biasanya penagih akan menggunakan pelbagai cara mendapatkan wang untuk membeli dadah,” katanya.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam, beliau berkata, dua lelaki yang ditahan itu, masing-masing berusia 26 dan 29 tahun berasal dari Seri Kembangan dan Jalan Genting Klang yang bekerja di sebuah kedai dobi dan kedai minuman.
Berita Harian Online | Jaga halang dadah RM4.6j diedarPolis yang bergegas ke lokasi sebaik dihubungi, berjaya mengesan dua lelaki terbabit sebelum dibawa ke sebuah kediaman di tingkat 15 bangunan berkenaan yang diubah suai menjadi makmal memproses syabu. Polis turut menyita peralatan memasak dan memproses syabu seperti ketuhar dan periuk selain sebuah Toyota Caldina digunakan suspek.