Tuesday, January 4, 2011
Samun: Lelaki menyamar polis ditahan
04/01/2011 6:10pm
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau kes menyamar sebagai polis dan samun ditahan pada Khamis lepas ketika sedang merompak seorang pelajar dengan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis kononnya mahu menjalankan pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi di Pandan Perdana, Ampang itu, suspek dan rakannya merompak dua buah telefon bimbit dan RM20 daripada pelajar berumur 21 tahun itu.
Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun dan rakannya yang masing-masing menunggang motosikal telah menahan kereta yang dipandu pelajar itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
'Suspek kemudian ”memeriksa” mangsa sebelum merampas telefon bimbit dan wang tunai mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini hari ini.
Katanya ketika kejadian itu, sebuah kereta peronda polis kebetulan melalui kawasan itu dan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan cuba menahan mereka.
Beliau berkata, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan, manakala rakannya meloloskan diri di kawasan perumahan berhampiran. – Bernama"
2 ditahan, sindiket edar dadah tumpas
04/01/2011 6:15pm
KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua lelaki dipercayai pengedar yang berselindung di sebalik perniagaan pakaian terpakai dalam satu serbuan di Kampung Pakoh Jaya, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supt Roslan Abd Wahid berkata, serbuan ke kedai berkenaan dilakukan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJN negeri setelah melakukan intipan hampir setahun.
'Sebaik menyedari kehadiran polis, dua lelaki yang berada di dalam kedai itu telah cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan, namun hasil tindakan pantas kita berjaya menahan kedua-dua suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kedai itu, polis berjaya menemui dadah berkualiti tinggi yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran iaitu heroin seberat 26 gram, syabu (7.5 gram), pil kuda (50 biji), dan kodein (400ml) yang kesemuanya dianggar bernilai RM16,000.
Roslan berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan dipercayai telah hampir setahun menjalankan kegiatan itu dengan membekalkan dadah ke kawasan utara Kuala Terengganu dan tanah rancangan. – Bernama"
Jual motosikal curi: Bekas polis dipenjara
04/01/2011 6:27pm
KLANG – Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang kepada seorang lelaki, 10 tahun lepas.
Majistret Afifah Mamat @ Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Zainuddin Rahmat, 32, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Afifah memerintahkan Zainuddin menjalani hukuman berkuat kuasa hari ini dan menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Zainuddin, bapa kepada enam orang anak, didakwa sengaja memindahkan iaitu menjual sebuah motosikal jenis Honda C100, nombor pendaftaran ACY 7326 bernilai RM2,500 kepunyaan Mohamad Man dengan harga RM300 kepada Azlan Ariffin, 26, sedangkan tertuduh tahu ia adalah harta curi yang dilaporkan hilang.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima depan rumah No: 62, Jalan Raja Abdul Rahman, Taman Kapar, Kapar di sini, kira-kira pukul 8 malam pada Ogos 2001. – Bernama"
Nenek perancang pembunuhan 3 beranak
04/01/2011 7:43pm
CHENNAI - Seorang nenek berumur 67 tahun dipercayai menjadi perancang pembunuhan kejam seorang wanita warga Malaysia dan dua anak kecilnya di Madurai pada November lepas.
Menurut polis, nenek itu yang kini ditahan polis di Madurai, merupakan nenek kepada suspek utama yang dipercayai melarikan diri ke Malaysia dengan empat suspek lain.
'Dia yang sebenarnya menyuruh mereka (semua suspek) membalas dendam terhadap si mati. Semua tujuh tertuduh dalam tahanan kami sekarang juga mendedahkan yang nenek itu terbabit dalam jenayah itu.
'Mayat tiga beranak itu awalnya ditanam di ladang kelapa wanita (nenek) itu, tetapi kemudiannya dipindahkan ke tempat lain,' kata pegawai polis di Vadipatti, Inspektor P.R Lakshmanan hari ini.
Warga Malaysia, Adhila, 24, dua anaknya Ajira Banu, 5, dan Mohd Aslan, 7, hilang dari rumah mereka di daerah Ramananthapura pada 8 November lalu.
Tiga hari kemudian polis menemui mayat tiga beranak itu dalam keadaan sudah reput di sebuah saliran di Vadipatti di Madurai, Tamil Nadu, kira-kira 150 kilometer daripada tempat mereka diculik. - Bernama"
Lebih 2,000 petani kerugian besar, sawah padi ditenggelami air masin
Air masin tersebut dikatakan memasuki lebih 1,000 hektar sawah ketika musim banjir pada setiap tahun berikutan kedudukannya yang berhampiran muara sungai berkenaan.
Berikutan itu, pesawah terbabit di lima buah kampung iaitu Bendang Pak Yong, Simpangan, Jejulok, Mentua dan Kubang Bemban mendakwa mengalami kerugian beratus ribu ringgit disebabkan tanaman mereka musnah.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Jejulok, Ghazali Isa berkata, air masin yang memasuki kawasan sawah pada setiap kali musim banjir sukar untuk keluar disebabkan laluan yang terlalu sempit dan memakan masa hampir dua minggu untuk kering sepenuhnya.
Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina beberapa buah pintu air tetapi ia terlalu kecil dan tidak mampu untuk mengeluarkan kesemua air masin yang telah melimpahi kawasan berkenaan.
"Setiap kali musim banjir perkara ini berlaku dan yang terbaru di kawasan sawah seluas 200 hektar di Kubang Bemban di mana tali air baru yang memisahkan antara tali air dengan sungai terlalu rendah sehingga menyebabkan air masin dapat memasuki kawasan sawah.
"Air masin ini menyebabkan kerosakan tanah dan tanaman akan musnah, setiap kali musim banjir memang air akan melimpahi tetapi masalahnya, air ini tidak boleh keluar dengan cepat dan ia akan terus bertakung dalam sawah dan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk kering sepenuhnya," katanya ditemui pemberita di Kubang Bemban di sini, hari ini. - Utusan
Khalwat tahun baru
Dalam Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan yang disertai Polis Trafik Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rela, Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) serta tentera yang dilakukan sekitar negeri ini, nyata masih ada kegiatan tidak bermoral dilakukan sempena malam ambang tahun baru, 31 Disember lalu.
Ketua Bahagian Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, seramai 14 orang atau tujuh pasangan dicekup berkhalwat di sekitar rumah tumpangan di Melaka Raya, Malim dan Bachang.
“Sepasang warga asing Bangladesh turut ditahan kerana berkhalwat dengan pasangan. Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 35 tahun,
“Sementara 15 orang lagi ditahan kerana berpakaian menjolok mata atau terlalu seksi termasuk seorang gadis berumur 17 tahun,” katanya.
Sementara itu katanya, lebih menyedihkan masih ada umat Islam yang menjamu arak sebagai simbolik sambutan tahun baru apabila tujuh orang berjaya ditahan ketika minum arak secara terbuka di tiga kedai minuman sekitar Taman Merdeka.
Menurutnya, mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun, sementara seorang lelaki yang berpakaian wanita berumur 20 tahun turut ditahan.
Operasi bermula jam 11 malam hingga 5 pagi itu turut menyita 11 motosikal dengan pelbagai kesalahan dalam sekatan jalan raya yang dibuat di Jalan Mufti Khalil dan Jalan Parameswara.
Turut dikeluarkan 247 saman ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan.
Warga Nigeria, tempatan didakwa subahat menculik
KUALA LUMPUR - Dua pelajar lelaki warga Nigeria dan dua wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan terlibat dalam kes pe:nculikan ahli perniagaan warga Maghribi bulan lalu.
Warga Nigeria, Abbas Chidiebere Standy dan Nwosu Douglas Oluchi didakwa bersama tiga orang lagi yang masih bebas, dengan niat bersama menahan dan melarikan Elmourabiti Smail dengan tujuan menculik untuk mendapatkan wang tebusan.
Abbas, 33, dan Nwosu, 25, penuntut sebuah kolej swasta di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir Bangunan Pan Global, Jalan P Ramlee, di sini, pada 11 Disember lalu.
Dua warga tempatan, Alysa Marianna Mohamed Yusuf, 24, didakwa menguruskan pengeluaran wang tebusan RM350,000 pada 15 Disember lalu.
Yeap Tse Wai, 28, didakwa menguruskan pengambilan wang tebusan sebanyak RM100,000 di kawasan Aparmen Sri Selayang, Batu Ferringhi di dalam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, antara 9 malam hingga 9.30 malam, 16 Disember lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat mereka di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin.
Abbas dan Nwosu, yang diwakili peguam bela M Tharma Ratnam dan Raja Kumar Raja Kandan, didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Alysa, yang bekerja sebagai kerani akaun sebuah syarikat, manakala Yeap seorang pereka grafik, didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Mereka diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Raja Kumar Raja Kandan, manakala pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa, Asisten Superintenden D R Ghandhi Nathan dan R Munusamy.-Bernama
Lelaki ditahan di KKIA, KASTAM Sabah rampas 2.7 kg dadah
KOTA KINABALU - Seorang lelaki rakyat asing yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Khamis lepas.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari semasa tiba dari Singapura apabila pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menemui 2.7 kilogram dadah dipercayai jenis ketamin dalam beg yang dibawa lelaki terbabit.
'Lelaki itu membawa 45 helai kain ela dalam beg. Kesemua dadah itu ditemui disembunyikan dalam 10 helai kain ela yang dibawanya,' kata Pengarah Kastam Negeri Sabah Mohd Kassim Ismail pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Sementara itu, Mohd Kassim berkata KDRM Sabah memungut hasil sebanyak RM355.5 juta tahun lepas, melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2010 iaitu RM347.2 juta.
JKDM Sabah menetapkan unjuran hasil bagi tahun 2011 pada RM363 juta, katanya"
Iran tembak jatuh pesawat risikan AS
2011/01/04
TEHRAN: Iran semalam mendakwa ia menembak jatuh beberapa pesawat perisik Barat yang menceroboh ruang udaranya. Pesawat kawalan jauh biasanya digunakan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Namun, Tehran berkata, dua pesawat dipintas di Teluk Parsi. Ia mendakwa ‘banyak’ yang lain ditembak jatuh dalam tempoh tidak dinyatakan.Iran terbabit dalam satu pertelingkahan dengan Amerika dan sekutunya berhubung program nuklear. Barat percaya program itu bertujuan membangunkan senjata nuklear.Iran menafikan tuduhan itu dan mengatakan ia hanya mahu menjana tenaga elektrik.
Amerika dan Israel, musuh utama Iran, tidak menolak tindakan ketenteraan jika diplomasi gagal menamatkan pertikaian itu.
Ketua sayap tentera udara Pengawal Revolusi, Jeneral Amir Ali Hajizadeh, tidak memberi bukti mengenai serangan terbabit dan tidak mengatakan pesawat itu milik negara mana.
Tentera laut Amerika yang berpusat di Teluk berkata ia tidak menerima laporan pesawat ditembak “baru-baru ini.”
Hajizadeh berkata musuh, terma digunakan pihak berkuasa Iran terhadap Amerika dan sekutunya, menggunakan kawalan jauh di Iraq dan Afghanistan.
“Namun, ada kes pesawat mereka menceroh ruang udara kami,” kata komander Iran itu. – Agensi Berita Harian Online | Iran tembak jatuh pesawat risikan AS
| Menteri Mesir kena baling batu
2011/01/04
KAHERAH: Penunjuk perasaan Kristian membaling batu ke arah seorang menteri negara ini kelmarin, ketika kebimbangan memuncak rusuhan kaum akan meletus selepas satu pengeboman di gereja mengorbankan 21 orang. Beratus-ratus pengikut Koptik Kristian berkumpul di dalam Gereja St Mark di sini yang juga ibu pejabat pope Koptik, Shenouda III, manakala pihak berkuasa disekat penganut yang datang untuk berkabung.Penunjuk perasaan mengejar Menteri Pembangunan Ekonomi, Osman Mohammed Osman, sehingga ke kereta dan membalingnya dengan batu selepas beliau bertemu Shenouda, sementara yang lain bertembung dengan polis yang berdiri di luar pagar.Seorang pegawai polis berkata sekurang-kurangnya 40 anggota polis cedera ringan apabila penunjuk perasaan membaling batu ke arah mereka.
Lebih seribu penunjuk perasaan memecah masuk pintu gereja dan berkumpul di jalan berhampiran, menahan kereta, mengetuk bumbungnya dan membaling batu.
Terdahulu, puluhan penunjuk perasaan cuba mengepung Imam Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, ulama atasan Mesir dan mengetuk keretanya selepas beliau berjumpa dengan Shenouda.
Pegawai polis juga berkata lebih 1,000 anggota Koptik mengadakan bantahan di luar Kementerian Luar dan bangunan televisyen bersebelahan.
Sesetengah penunjuk perasaan membaling batu ke arah kenderaan lalu lalang, merosakkan lebih banyak kereta dalam bantahan hari kedua berturut-turut. – AFP Berita Harian Online | Menteri Mesir kena baling batu
Jeneral tidak terbabit bunuh Benazir Bhutto
2011/01/04
ISLAMABAD: Komplot untuk membunuh bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, berlangsung di satu tempat persembunyian pengganas, kata Menteri Dalam Negeri Pakistan Rehman Malik sambil menolak laporan bahawa pembunuhan pada 2007 itu dirancang di sebuah rumah seorang jeneral tentera.Rehman meminta media mengelak membuat spekulasi berhubung isu itu sehingga laporan akhir siasatan dibentangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah, lapor akhbar The Express Tribune, kelmarin.Kenyataan itu muncul sehari selepas akhbar harian itu berkata satu siasatan baru dijalankan di bawah seliaan kementerian terbabit mendedahkan peranan sembilan lelaki termasuk jeneral terbabit dalam pembunuhan Benazir.Penemuan itu dirahsiakan dan laporan itu kini di tangan Malek, kata laporan, menambah bahawa penemuan itu hanya dilihat suami Benazir, Presiden Asif Ali Zardari.
Benazir dibunuh pada 27 Disember 2007 ketika beliau sedang meninggalkan perarakan selepas berucap dalam satu perhimpunan pilihan raya di Rawalpindi, bandar kembar Islamabad dan ibu kota lama Pakistan.
Seorang penembak remaja dilihat mensasarkan kepala Benazir dalam rakaman CCTV sebelum satu letupan kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dalam perhimpunan itu.
Kementerian Dalam Negeri ketika itu menuduh militan Taliban berkomplot membunuh Benazir sementara doktor mengatakan ‘kepalanya terhantuk pada bahagian atas bumbung kereta yang menyebabkan kematiannya.’
Bercakap kepada media di Karachi, Jumaat lalu, Rehman berkata, laporan siasatan pembunuhan itu tidak dibentangkan kepada sesiapa, walaupun Asif Ali.
Namun, ada laporan menyatakan, Zardari pada satu ketika memutuskan untuk mendedahkan laporan awal pada ulang tahun ketiga kematian Benazir namun mengubah fikiran pada saat akhir dan memberitahu kementerian menarik balik keputusan itu.
Rehman, berkata menurut laporan siasatan dihantar kepadanya, komplot itu bukan dirancang daripada kediaman mana-mana jeneral.
Satu berita turut memetik Malek sebagai berkata laporan itu tidak benar. Jurucakap Presiden Farhatullah Babar enggan mengesah atau menafikan laporan itu. – Agensi Berita Harian Online | Jeneral tidak terbabit bunuh Benazir Bhutto
Bapa bunuh anak dituduh ‘kebaratan’
2011/01/04
PHOENIX: Seorang pendatang Iraq yang dituduh membunuh anak perempuannya kerana dia percaya anaknya terlalu kebaratan, akan dibicarakan bulan ini di Arizona dalam kes yang memberi kesedaran terhadap insiden digelar ‘pembunuhan bermaruah’ di Amerika Syarikat. Faleh Hassan Al Maliki, 50, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan. Pada Oktober 2009, dia memandu Jeep merempuh anak perempuannya, Noor Al Maliki, 20, kata pendakwa raya.Anaknya yang sekian lama mahu hidup dalam persekitaran biasa Amerika, koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia, kes yang menimbulkan kemarahan.Faleh membawa keluarganya berpindah dari Iraq ke pinggir bandar ini di Glendale pada pertengahan 1990 an. Dia dan Noor Al Maliki mempunyai hubungan tidak baik, menurut polis dan rekod mahkamah serta rakan rapatnya.
Pada usia 17 tahun, Noor enggan mengikuti kehendak bapanya yang mengatur perkahwinannya di Iraq, mencetuskan kemarahan bapanya, menurut satu dokumen mahkamah difailkan pendakwa raya.
Pada usia 19 tahun, Noor berpindah ke pangsapurinya sendiri dan mula bekerja di sebuah restoran makanan segera namun berhenti dan meninggalkan tempat barunya selepas ibu bapanya kerap muncul di tempat kerja, memaksanya kembali ke rumah, kata dokumen.
Lewat 2009, dia berpindah ke rumah keluarga teman lelaki, Raikan dan Amal Khalaf, sejurus selepas dia muncul di rumah mereka dan berkata dipukul ibu bapanya.
Faleh kerap mengganggu anak perempuannya dan keluarga Khalaf, pernah memberitahu Raikan Khalaf jika anak perempuannya tidak berpindah dari rumah mereka, ‘sesuatu yang buruk akan berlaku’.
Kemudian pada 20 Oktober 2009, Noor melihat bapanya apabila dia dan Amal Khalaf melawat pejabat Jabatan Keselamatan Ekonomi. – Agensi
Gempa bumi gegar utara England
2011/01/04
LONDON: Gempa bumi kecil bermagnitud 3.6 selama beberapa saat melanda bahagian utara England.
Kajian Geologikal British menyatakan gegaran itu melanda selepas 9 malam dan berpusat di North Yorkshire.
Petugas di Hotel Swinton Park di Masham, England — 16 kilometer dari pusat gempa - berkata mereka merasa pergerakan tanah dan mendengar bunyi kuat selepas gelas dan pinggan bergoncang.
Polis menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan selepas gegaran kedua dalam tempoh kurang sebulan itu.
Gempa bumi bermagnitud 3.5 melanda kawasan itu pada 21 Disember lalu. - AP"
Polis Filipina berkas suspek pembunuhan Ahli Majlis Perbandaran Filipina
2011/01/04
MANILA: Polis Filipina sedang menyiasat kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran, Reynaldo Dagsa yang ditembak mati ketika tahun baru, dan pihak berkuasa hanya perlu melihat kepada gambar yang diambil mangsa. Gambar yang diambil di luar kediaman ahli majlis perbandaran itu di metropolitan Manila jelas menunjukkan seorang lelaki mensasarkan senjatanya dari arah belakang tiga ahli keluarganya.Polis berkata, Dagsa ditembak sejurus selepas itu dan mati akibat kecederaan yang dialami.Beliau berkata, keluarga mangsa memberikan pihak polis foto terbabit, yang mana dipaparkan pada muka depan akhbar Daily Inquirer Filipina.
Ketua Polis Ibu kota Caloocan, Jude Santos, berkata lelaki yang dikenal pasti dalam gambar terbabit ditahan Isnin lalu dan dia juga adalah suspek kes kecurian kereta yang bebas atas jaminan.
Katanya, pembunuhan itu didakwa kerana tindakan balas dendam terhadap Dagsa yang mengarahkan pihak berkuasa menahannya tahun lalu. - AP
5 kanak-kanak korban tanah runtuh, bah
MANILA: Insiden tanah runtuh dan banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari di tengah Filipina mengorbankan lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun dan kakaknya yang berusia lima tahun.
Dua kanak-kanak itu ditimbus lumpur ketika sedang tidur. Menurut pegawai pertahanan awam, kira-kira 1,000 penduduk bandar St Bernard di Pulau Leyte menyelamatkan diri ke pusat perlindungan selepas kejadian tanah runtuh melanda bandar itu, kelmarin.
Bandar itu mencatatkan satu daripada bencana paling buruk di Filipina apabila runtuhan tanah berlumpur menimbus keseluruhan kampung dengan lebih 1,000 penduduk di Guinsaugon pada Februari 2006 lalu.
Ketua pertahanan awam daerah, Angel Gaviola, berkata, mayat kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang dalam kejadian kelmarin sudah ditemui, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun hanyut dibawa arus banjir di kawasan lain di selatan pulau berkenaan. - AP"
'Sri Alam Trading' tipu RM300,000
Syarikat itu yang dipercayai menggunakan nama perniagaan ‘Sri Alam Trading’ menyewa lot kedai di kawasan itu sebagai markas operasi sebelum membuat tempahan pelbagai barang daripada pelanggan.
Difahamkan, syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) didalangi empat suspek termasuk seorang wanita berusia antara 40 hingga 60 tahun dan kerugian tertinggi yang dialami mangsa ialah RM28,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kejadian pertama dikesan pada 24 Disember lalu dan terakhir dua hari lalu.
Menurutnya, modus operandi syarikat terbabit ialah mereka akan membuat pesanan pembelian ke atas barang berharga seperti komputer riba, alat tulis, minyak pelincir, bulu tangkis, bahan binaan, kayu, pagar automatik dan kamera litar tertutup (CCTV).
“Selepas menerima barang yang dipesan, suspek akan menyerahkan cek yang didaftarkan atas nama syarikat.
yMetro | 'Sri Alam Trading' tipu RM300,000
Remaja tiada lesen punca 4 kereta berlanggar
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, remaja terbabit yang baru selesai bermain futsal di Seksyen 19 memandu laju menyebabkannya tidak sempat membrek selepas kereta di hadapannya berhenti akibat kesesakan lalu lintas di bulatan menuju Uptown Seksyen 24.
Remaja terbabit yang memandu Proton Waja panik selepas melihat kenderaan di depannya tidak bergerak lalu merempuhnya.
Akibat rempuhan kuat itu, kereta di hadapannya yang berhenti meluncur ke depan menyebabkan berlaku pelanggaran berturutan membabitkan empat kereta lain.
Suasana tegang apabila abang remaja terbabit yang datang ke tempat kejadian selang beberapa minit kemudian memukul adiknya itu sambil memaki hamun.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, remaja terbabit turut dipersalahkan abangnya kerana menyebabkan Proton Waja miliknya rosak teruk di bahagian hadapan dan menyatakan tidak mahu campur tangan sebaliknya menyuruh adiknya menanggung semua kesalahan dilakukannya.
“Remaja terbabit yang masih trauma dengan kejadian itu bertambah gerun selepas abangnya mahu dia menanggung semua kerosakan dialami empat kereta dirempuhnya menyebabkan wajahnya bertukar pucat.
“Bagaimanapun, orang ramai meleraikan pergaduhan itu dan menasihatkan abang remaja itu supaya bersabar,” katanya.myMetro | Remaja tiada lesen punca 4 kereta berlanggar
Gagal seludup syabu di Filipina
TUMPAS...How (kiri) yang diberkas pihak berkuasa Filipina selepas cuba menyeludup 10kg syabu. |
KUALA LUMPUR: Kegagalan menembusi benteng kawalan pihak berkuasa di Indonesia menyebabkan sindiket dadah yang berpangkalan di Malaysia mula berubah angin dengan menjadikan Filipina sebagai pasaran terbaru memasarkan syabu.
Ini terbukti apabila beberapa rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah tempatan diberkas pihak berkuasa Filipina sejak beberapa bulan lalu bersama hampir 40 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit.
Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, dalam kes terbaru, seorang rakyat kita diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino Ninoy, Manila, Filipina, kelmarin ketika cuba menyeludup syabu yang dianggarkan seberat enam kilogram.
Difahamkan, dadah jenis methamphetamine hydrochloride yang boleh mencecah nilai lebih RM2 juta itu disembunyikan suspek di dalam beg bagasi.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek yang dikenali sebagai Kean Hock, 47, tiba ke lapangan terbang itu kira-kira jam 6 petang selepas mengambil penerbangan dari Bangkok, Thailand.
“Bagaimanapun, kastam mengesyaki sesuatu tidak kena pada beg bagasi dibawa suspek sebelum pemeriksaan X-ray dilakukan. Hasil siasatan, pihak berkuasa menemui ruang sulit pada beg bagasi berkenaan yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah terbabit,” katanya.
Menurutnya, suspek mengaku diupah membawa masuk dadah itu sebelum menyerahkannya kepada individu tertentu yang menunggu di sebuah hotel tempatan.
“Besar kemungkinan, suspek sengaja menggunakan tarikh sambutan tahun baru 2011 bagi menyeludup dadah terbabit dengan menyangka kawalan keselamatan di lapangan terbang longgar.
“Suspek diserahkan kepada pihak penguat kuasa dadah Filipina untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kejayaan itu kes terbaru selepas seorang rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang sama selepas menemui 14kg syabu disorok dalam beg pakaiannya.
Dalam kejadian itu, suspek dikenali sebagai Teoh Chee Keong ditahan sejurus tiba dari Bangkok apabila pegawai kastam menemui sebahagian dadah itu dalam bagasinya.
Bagaimanapun, rakan suspek yang dikenali sebagai Richard Oh sempat melarikan diri sejurus mendapati Chee Keong diberkas.
Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek berkemungkinan bekerjasama dengan pegawai lapangan terbang itu yang dirasuah bagi membolehkan dadah terbabit dibawa masuk ke negara berkenaan.
Dua bulan sebelum itu, seorang lelaki warga Malaysia, How Eng Pheong, 20-an, diberkas pihak berkuasa lapangan terbang sama selepas dikesan cuba menyeludup syabu seberat 10kg yang disembunyikan di dalam beg bagasinya.myMetro | Gagal seludup syabu di Filipina
Ditipu RM1.1j
KESAL...(dari kiri) Akma, Razali dan akauntan MM Event Sdn Bhd, Mohd Farid Mohamed menunjukkan surat perjanjian dan laporan polis yang dibuat. |
KUALA LUMPUR: “Memang syarikat saya antara yang tertipu dalam kejadian itu,” kata Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP), Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ketika mengulas dakwaan Pengarah Eksekutif MM Event Sdn Bhd, Razali Dahalan yang kerugian hampir RM1.1 juta selepas seorang lelaki bergelaran Datuk didakwa menggelapkan wang sepatutnya dibayar kepada mereka.
Menurut Pak Ngah, dia tidak terbabit secara langsung, tetapi menyertai program berkenaan selepas dipelawa Razali selepas mendapat kontrak daripada Datuk terbabit untuk menjayakan festival bunga pada 2008.
“Saya dipertanggungjawab menyediakan peserta, mengendalikan tarian selain menjadi pengarah pada acara berkenaan.
“Selepas menjayakan program itu, Razali mendakwa Datuk terbabit enggan melunaskan bayaran sebelum dia membuat laporan polis.
“Disebabkan itu, Razali tidak dapat melunaskan bayaran penuh seperti dijanjikan, namun saya terharu dengan kesungguhan pihaknya yang berusaha mendapatkan wang berkenaan semula.
“Saya berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Razali berkata kegagalan individu terbabit menunaikan janji menyebabkan dia kerugian.
“Disebabkan itu, saya gagal melunaskan bayaran penuh kepada beberapa kontraktor yang terbabit program berkenaan termasuk Pak Ngah dan pereka kostum daripada Syarikat Couture Classics (M) Sdn Bhd, Akma Suriati Awang,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku, Razali berkata, dia mula mengenali Datuk terbabit melalui abang dan anak saudaranya ketika ditawarkan mengendalikan satu pesta bertemakan bunga anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM).
“Saya mempelawa Pak Ngah dan Akma untuk menjayakan program berkenaan bersama-sama. Akma diminta menyediakan kostum mengikut tema program itu, manakala Pak Ngah bertanggungjawab menguruskan peserta, tarian dan menjadi pengarah pada acara berkenaan.
“Selepas berusaha bersungguh-sungguh, program berkenaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
Razali berkata, selepas pembayaran dibuat KPM, Datuk terbabit bersama abang dan anak saudaranya tidak melunaskan wang yang sepatutnya diserahkan kepada mereka.
“Selepas didesak, lelaki itu berjanji akan melunaskan bayaran berkenaan secara ansuran sebanyak lima kali sebelum dia melalui wakilnya menandatangani satu perjanjian pembayaran dijadualkan bermula 18 Julai 2008 hingga 18 Disember tahun lalu.
“Disebabkan itu, saya terpaksa mendiamkan diri, namun selepas tempoh berkenaan tamat, individu terbabit masih tidak melunaskan bayaran,” katanya.
Razali berkata, sehingga kini lelaki itu mendiamkan diri dan enggan menjawab panggilan telefon.
“Saya tidak mahu memperbesarkan masalah ini sebaliknya mahu menuntut keadilan dan hak kami.
“Pendedahan ini diharap dapat membuka mata lelaki terbabit supaya segera tampil dan melunaskan hutang itu. Ini kerana saya terpaksa menanggung kerugian selepas menjayakan program berkenaan. Malah, kedudukan kewangan syarikat turut terjejas,” katanya.
Rompak ala James Bond
LICIK...Gan menunjukkan lubang yang ditebuk penjenayah sebelum melarikan bungkusan syiling. |
KUANTAN: Seorang pengurus cawangan sebuah pasar raya dekat Air Putih, di sini, terkejut apabila mendapati premis berkenaan dipecah masuk penjenayah yang menggunakan taktik ala James Bond dalam kejadian awal pagi semalam.
Difahamkan, penjenayah licik itu bukan saja menebuk dinding konkrit serta dinding pejabat untuk menceroboh masuk, malah berjaya mengelak dikesan sistem penggera sebelum melarikan beberapa bungkusan berisi syiling.
Pengurus cawangan berkenaan, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi dan hanya disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi perniagaan.
“Saya datang ke pejabat seperti biasa, tetapi terkejut apabila mendapati dinding berhampiran pintu pejabat berlubang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.
“Selepas diperiksa, kami menemui dua lagi lubang di dinding dalam pejabat selain satu lubang dalam tandas sebelum mendapati beberapa bungkusan berisi syiling hilang,” katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya penjenayah menceroboh masuk melalui lubang yang ditebuk pada dinding tandas restoran bersebelahan yang bercantum dengan tandas pasar raya itu sebelum masuk pejabat.
“Penjenayah itu juga berjaya mengelak dikesan sistem penggera dengan tidak masuk ke dalam bilik tempat bungkusan syiling disimpan, sebaliknya menggunakan kayu bagi mengambil bungkusan berkenaan.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal merakam penjenayah terbabit kecuali cahaya lampu suluh digunakan,” katanya yang belum dapat menilai jumlah kerugian akibat kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dua beranak lemas
ANGKAT...anggota tentera mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Norizal (kiri) dan Mohd Shyful.
KOTA TINGGI: “Sebelum masuk tidur, Akmal terlebih dulu menulis namanya di semua buku latihan dan meletakkan pakaian dan peralatan sekolah di sebelah tempat tidurnya,” kata Hasnah Taib, 35, yang kehilangan anak sulung dan suami serentak dalam kejadian lemas di pantai peranginan Tanjung Balau di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, seorang Pegawai Waran ll digulung ombak besar ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang lemas sebelum kedua-duanya terkorban di pantai peranginan berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.
Pegawai dari Briged Ketujuh (Artileri) Kem Mahkota Kluang, Norizal Tajudin, 40, menggadai nyawanya bagi menyelamatkan anak sulung, Mohd Shyful Akmal, 11, yang terjatuh ke dalam laut ketika meniti batuan di tepi pantai itu.
Arwah Norizal akan bersara wajib pada 2012 selepas 21 tahun berkhidmat dalam tentera, meninggalkan Hasnah dan dua anak Nor Shazril, 9, dan Nor Shazwan, 4.
Menurut Hasnah, tiada perubahan ketara pada suami dan anak sulungnya sebelum kejadian.
“Cuma Akmal kelihatan begitu gembira melihat pakaian dan peralatan persekolahan yang dibeli arwah suami.
“Antara kata-kata Akmal yang masih terngiang-ngiang di telinga saya malam sebelum kejadian ialah dia tidak sabar hendak pergi sekolah,” katanya dalam kesayuan.
Akmal sepatutnya masuk tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Rahman Yassin, Kluang, semalam.
“Saya reda menerima dugaan ini, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” tambahnya lagi.
Tragedi berlaku apabila Norizal bersama isteri dan tiga anaknya mengikut birasnya, Rosdi Poniran, 51, menghantar anaknya ke sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Penawar di sini.
“Kami bertolak dari Kluang pada jam 9 pagi dan sampai di Bandar Penawar kira-kira jam 12 tengah hari.
“Mengikut perancangan awal, selesai urusan kemasukan Fara Idayu ke IPTS itu, kami hendak pergi melihat cucu saudara di Felda Pasak dan pergi berkelah di Desaru terlebih dulu.
“Norizal yang memandu kereta Proton Waja mencadangkan kami semua berkelah di pantai Tanjung Balau,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.
Menurut Rosdi, selepas makan Akmal minta izin bapanya mandi laut tetapi tidak dibenarkan Norizal.
Katanya, Akmal meminta izin ke batuan di pantai itu bagi melihat pemandangan di sekitar pantai peranginan itu.
“Ketika Akmal dipanggil balik bapanya kerana kami semua sudah mahu pulang, Akmal dikatakan tergelincir ke dalam laut.
“Melihat kejadian, Norizal sempat menyerahkan telefon bimbit kepada anak keduanya, Nor Shazril, sebelum terjun ke laut,” katanya.
Menurut Rosdi, dia hanya menyedari kejadian apabila Nor Shazril memberitahu bapa dan abangnya lemas.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat orang ramai cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal,” katanya.
Katanya, Akmal ditemui 10 minit selepas bapanya dijumpai dengan kesan cedera di dahi dipercayai akibat terhantuk batu.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Haji Manan, Kluang.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan.
Tiga warga Iran ditahan di KLIA
SHAH ALAM: Permulaan tahun baru menyaksikan tiga lagi warga Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba membawa masuk dadah ke negara ini, pada 1 dan 2 Januari lalu.
Tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki warga Iran ketika sedang menolak troli mengandungi satu bagasi, kira-kira jam 9.50 pagi. Suspek yang baru tiba dari Doha, Qatar, kemudian dibawa ke Pejabat Nakotik KLIA dan hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 600 gram syabu yang disembunyikan di bawah beg yang diubah suai. Dalam satu kes berasingan, dua lelaki Iran berusia 27 tahun ditahan sejurus tiba di negara ini dan pemeriksaan ke dalam kedua beg yang dibawa membawa kepada penemuan 2.37 kilogram dadah jenis syabu, kira-kira jam 3.30 petang."
Guru tuisyen maut terjun bangunan
GEORGETOWN: Niat untuk mengajar tuisyen kepada pelajar yang baru memasuki sesi persekolahan bertukar tragedi kepada seorang seorang lelaki yang bekerja sebagai guru tuisyen di Jalan Perak, di sini, malam kelmarin.
Guru tuisyen yang berasal dari Pekan Nenas, Johor, Lim Chee Hwa, 22, itu dipercayai ke tempat mengajarnya di Super Field Plaza, Jalan Perak, tetapi mengubah fikiran apabila terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, guru berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Menurutnya, motif mangsa membunuh diri masih dalam siasatan dan sehingga kini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Punca kejadian masih dalam siasatan meskipun berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah dalam kes ini.
“Kami juga difahamkan pihak bomba berusaha memujuk mangsa, tetapi mangsa tekad dengan keputusannya untuk bunuh diri,” katanya."
Peminat fanatik Pamela Anderson ditahan
SEORANG peminat fanatik Pamela Anderson (dalam bulatan) diusung dua anggota polis di sebuah stesen tren di Liverpool pada malam kelmarin. |
SEORANG peminat fanatik Pamela Anderson (dalam bulatan) diusung dua anggota polis di sebuah stesen tren di Liverpool pada malam kelmarin.
LIVERPOOL - Selebriti seksi Hollywood, Pamela Anderson ketakutan selepas dia melihat seorang peminatnya ditahan polis selepas berlaku pertengkaran dengan para pegawai di sebuah stesen tren di Liverpool, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa kejadian, pelakon berambut perang berusia 43 tahun itu baru sahaja menamatkan lakonan teater dengan memegang watak Genie di Empire Theatre dan mahu pulang ke London dengan menaiki sebuah tren.
Seorang lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan cuba menaiki gerabak sama apabila pihak polis diberitahu mengenainya.
Namun, ketika polis menghampiri lelaki tersebut, dia menjadi ganas dan cuba menggigit seorang anggota polis.
Situasi itu memaksa polis menggunakan alat penyembur untuk menangkapnya.
Polis Pengangkutan Britain memberitahu suspek yang berusia 21 tahun ditahan pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.
Para saksi menyatakan lelaki sama telah mengekori Pamela selama beberapa hari, membuatkan aktres itu mengupah pegawai keselamatan.
Dia juga dikatakan telah membeli tiket untuk menonton teater Aladdin sebanyak 10 kali berturut-turut yang turut dibintangi Pamela. - Agensi"
Bekas model Playboy tidak lagi bertudung
CYNTHIARA ALONA semasa dia memakai tudung.
JAKARTA - Pelakon filem dan model yang pernah tampil dalam majalah Playboy Jepun dan Singapura, Cynthiara Alona mengaku kembali tidak memakai tudung sejak kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelakon filem seram Indonesia, Paku Kuntilanak dan Susuk Pocong itu menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bererti dia akan kembali tampil lebih seksi seperti sebelum memakai tudung.
Dia hanya memakai tudung selama tujuh bulan.
'Saya ingin jadi diri sendiri dan berkarier. Jadi masih belum perlu pakai jilbab (tudung) dululah,' katanya.
Cynthiara, 25, menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk tidak terlibat dalam membintangi filem yang berunsurkan seks lagi.
'Aku akan cuba berhenti berlakon di dalam filem panas lagi,' katanya.
Dia sebelum ini menggegarkan Indonesia kerana beberapa gambar bogelnya tersebar di Internet. - Agensi"
Penggera jam iPhone tidak berfungsi
GAMBAR yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald di Australia semalam menunjukkan Samantha Hanna memegang telefon bimbit iPhone yang mengalami masalah jam penggera.
HONG KONG - Ramai pengguna telefon bimbit pintar iPhone di Asia dan Australia merungut kerana sistem jam penggera pada gajet itu tidak berfungsi untuk mengejutkan mereka daripada tidur sejak kelmarin.
Sebahagian pengguna iPhone menyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahawa mereka terlepas penerbangan dan lewat ke tempat kerja kerana sistem jam penggera pada telefon itu tidak berfungsi selama tiga hari berturut-turut.
Seorang pengguna yang dikenali sebagai Sueannlove melalui laman sosialnya memberitahu: 'Penggera jam iPhone saya tidak berfungsi lagi. Perlu mencari jam lama saya.'
Masalah itu bukan sahaja menimpa pengguna iPhone tetapi sebahagian pengguna produk Apple lain termasuk pemain muzik iPod yang mengalami masalah sama.
Syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14 juta unit iPhone sehingga 25 September lalu di seluruh dunia dan kini berada pada kedudukan kedua di belakang telefon bimbit Nokia berdasarkan jumlah jualan.
Kelmarin, syarikat itu menyatakan ia mengetahui masalah tersebut tetapi tidak menyatakan punca dan usaha penyelesaiannya. - Agensi"
36 cedera siling pawagam runtuh
TV3 siasat Karam Singh Walia
KARAM SINGH WALIA
KARAM SINGH WALIA |
PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.
'TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan,' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam."
Dua beranak mati lemas
ANGKAT...anggota tentera mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Norizal (kiri) dan Mohd Shyful. |
Oleh Farik Salleh
berita@kosmo.com.my
Hasnah (berbaju oren) tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah suami dan anak lelakinya di Rumah Mayat Hospital Kota Tinggi, Johor kelmarin.
KOTA TINGGI – Hasrat seorang bapa untuk menyelamatkan anak sulungnya yang tergelincir ketika berjalan-jalan di pantai Tanjung Balau di sini kelmarin berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemui mati lemas.
Mayat mangsa, Norizal Tajudin, 40, yang merupakan seorang pegawai waran dua Briged Ke-7 (Artelari) Kem Mahkota Kluang dan Mohd. Shyful Akmal, 11, ditemui pada pukul 2.15 petang oleh pengunjung pantai.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian tersebut berlaku ketika Norizal cuba menyelamatkan Mohd. Shyful yang terjatuh ke dalam laut selepas tergelincir dari atas batu di pantai tersebut.
“Ketika ditemui, dua beranak tersebut gagal diselamatkan. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya di sini semalam."
Penyerang gadis dijel 17 tahun
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
NUR AIN ASHIKIN yang melecur teruk dan cedera ditikam ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru baru-baru ini.
KOTA TINGGI - Seorang remaja, Habin Noor Sulaiman yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan cuba membunuh Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Redan di sini pada Disember lalu dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Salawati Djambari ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai kejam dan ganas sehingga menyebabkan mangsa trauma.
Mengikut pertuduhan pertama, Habin didakwa cuba membunuh Nur Ain Ashikin menggunakan sebilah pisau dan asid cuka getah sehingga menyebabkan mangsa cedera parah."
Tinggalkan najis selepas mencuri
BENTUK lubang pada dinding pasar raya yang kehilangan sejumlah duit syiling di Jalan Beserah, Kuantan semalam.
KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini semalam bukan saja melarikan sejumlah wang syiling tetapi juga sempat membuang air besar di premis itu.
Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2 pagi dengan pencuri itu memecah masuk menerusi tandas di pasar raya itu selepas mencungkil batu-bata pada dinding tandas.
'Pencuri juga seolah-olah tahu di mana wang syiling tersebut disimpan kerana hanya menyasarkan ruang pejabat tertentu,' kata Yoke Chow ketika ditemui di sini.
Menurut pengurus pasar raya itu lagi, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik yang disasarkan untuk mendapat wang syiling itu, sebaliknya hanya membuat lubang pada dinding yang didirikan daripada kepingan papan lapis."
Bekas Pengurus SIME Mengaku Tak Bersalah
Pendaftar mahkamah, Norhidayah Abdul Manaf membenarkan Md Zaki dijamin RM15 ribu.
Trgaedi Bot Karam: Satu Mayat Ditemui
WikiLeaks: Peguam Negara AS didesak letak jawatan
Bah besar di Australia, Filipina
Penganut Kristian Mesir terus merusuh
PENGANUT Kristian Mesir membaling batu ke arah pasukan polis sambil berkubu di dalam pekarangan gereja al-Abasseya di Kaherah, kelmarin. - REUTERS |