Search This Blog

Monday, December 19, 2011

Wanita Thai ditahan seludup diesel guna kereta



KONSTABEL Siti Atikah Mohd. Rashid memeriksa sebahagian daripada tong berisi minyak diesel di dalam kereta yang berjaya ditahan oleh pihak tentera di Kuala Nerang, semalam.


PADANG TERAP 18 Dis. - Seorang wanita warga Thailand ditahan setelah cuba menyeludup 580 liter diesel menggunakan kereta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Durian Burung, di sini hari ini.

Wanita berusia 27 tahun yang memandu Toyota Vios itu ditahan sepasukan anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Gubir, dekat sini pukul 9.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Chang Kut Choy berkata, kenderaan itu ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melalui kompleks berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemui 13 tong berisi diesel. Lapan tong disorok di tempat duduk belakang manakala lima lagi di dalam but belakang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika ditahan wanita terbabit cuba melarikan diri tetapi gagal setelah ditahan anggota berkenaan.

Menurutnya, penggunaan kereta dikesan sebagai modus operandi terbaharu digunakan golongan itu berbanding pikap yang berjaya dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan wanita terbabit menyeludup diesel beberapa kali dalam sehari malah kegiatannya telah dihidu pihak berkuasa.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

No comments:

Post a Comment