Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

Utusan Malaysia Online - Selatan

Utusan Malaysia Online - Selatan:

Ibu enam anak antara korban nahas

MELAKA 5 Dis. - Seorang ibu enam anak antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan berasingan berhampiran Duyong dan persimpangan lampu isyarat Gangsa di sini semalam.

Dalam kejadian pertama pukul 9.25 malam, wanita terbabit, Rohaya Othman, 53, maut dalam kemalangan yang berlaku di Persimpangan Permatang Duyong.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang dibonceng mangsa bersama anak lelakinya, Mohd. Fadzil Abd. Latif, 19, berlanggar dengan sebuah lori yang datang daripada persimpangan tersebut.

Menurut jurucakap polis trafik, motosikal itu dipercayai menuju ke pusat beli-belah Family Store di Permatang Duyong sebelum dilanggar lori tersebut.

Berikutan pelanggaran itu, Rohaya maut selepas cedera parah di kepala dan badan manakala Mohd. Fadzil cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Nahas kedua pula berlaku pukul 12.15 tengah malam membabitkan seorang pelajar berusia 16 tahun yang maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Gangsa berhampiran Terminal Kenderaan Berat.

Kejadian berlaku apabila Mohd. Syazwan Rosli, 16, yang menunggang motosikal bertembung dengan kereta itu dari arah bertentangan.

"Kita percaya kejadian tersebut berlaku apabila salah seorang mereka melanggar lampu isyarat namun punca kejadian masih disiasat," katanya.

Dalam kemalangan ketiga berlaku pukul 12.25 tengah malam melibatkan empat buah kereta dan dua buah motosikal di Jambatan Duyong Lebuh AMJ menghala Bandar Melaka.

Kata jurucakap itu, punca kejadian masih disiasat terutama menyebabkan kematian pada salah seorang penunggang motosikal iaitu Wan Mohd. Hafizi Wan Kamaruzaman, 24.

No comments:

Post a Comment