Search This Blog

Thursday, December 15, 2011

Tukul cemburu

MIRI: Seorang wanita cedera di kepala dan kaki kanan akibat diserang menggunakan tukul besi oleh seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan bapanya sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 44 tahun itu dikatakan sedang minum bersama beberapa rakan di ruang tamu rumah di Kampung Pasir, Lutong, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi objek keras dibaling ke dinding jam 11 malam.


Terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan terus menyerang dirinya dan rakan.

Menurut sumber, sejurus melakukan serangan itu, lelaki terbabit terus melarikan diri bersama beberapa rakan yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian.


Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan tidak dapat menahan perasaan marahnya selepas dapat menghidu hubungan istimewa antara mangsa dengan ayahnya sejak beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, sumber itu berkata, difahamkan mangsa tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan ayah suspek, sebaliknya hubungan mereka sekadar rakan kerja, namun perkara itu disalah anggap oleh anak lelaki terbabit.

Rakan mangsa dikenali sebagai Aju, 42, mendakwa, ketika kejadian mereka sedang minum dan tergamam kerana belum pun sempat menjenguk ke luar rumah, lelaki terbabit sudah muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan menyerang mangsa.


“Malah, saya sendiri turut menjadi mangsa apabila ditumbuk lelaki berkenaan ketika mahu membantu mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Lutong, semalam.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

myMetro | Tukul cemburu:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment