Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

Tiga bersaudara dikhuatiri lemas




HABSAH Sahak terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya ketika mencari anaknya, Muhammad Saiful yang masih hilang di Sungai Perak, semalam. - BERNAMA


GERIK 30 Dis. - Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas selepas sampan yang mereka naiki terbalik di Sungai Perak berdekatan Kuala Kenderong di sini semalam.
Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya Muhammad Adham Hamiz, 8, serta sepupu mereka, Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, dilaporkan hilang tengah hari semalam selepas kali terakhir dilihat menaiki sampan di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemui sampan yang dinaiki tiga kanak-kanak itu kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bukit Marikan hari ini.
"Operasi mencari yang disambung hari ini masih gagal menemui mangsa walaupun kita telah menemui sampan mereka kira-kira pukul 10.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, abang mangsa, Mohd. Afzanizam Dahari, 25, ketika ditemui memberitahu, dia tidak menyedari kehilangan adiknya dan dua sepupunya itu sehingga diberitahu oleh penduduk kampung.
Katanya, kali terakhir dia menemui tiga kanak-kanak itu pada pukul 12 tengah hari semalam dan menegur mereka kerana membuat bising menyanyikan berulang kali lagu Pergi Tak Kembali nyanyian kumpulan nasyid Rabbani.
"Saya tegur mereka sebab buat bising dan tanya mengapa menyanyi lagu-lagu sedih, tapi mereka diam dan terus keluar.
"Sampan itu pula milik bapa saudara yang telah lama rosak dan tersadai di tepi sungai. Kami tidak sedar bila mereka ke sungai dan menggunakan sampan tersebut," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan penglibatan anggota unit penyelam daripada Bomba dan Penyelamat Balai Gerik, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pulau Pinang.
-utusan

No comments:

Post a Comment