Search This Blog

Monday, December 12, 2011

Tertembak paha

myMetro | Tertembak paha:

KUCHING: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah detik cemas dilalui seorang pengawal keselamatan apabila pistol yang diletakkan bersebelahan tiba-tiba meletup dan mengenai lutut kanan dalam kejadian berdekatan sebuah bank di Jalan Simpang Tiga, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, 35, dikatakan baru selesai memungut wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) di bank berkenaan sambil ditemani beberapa rakan, kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, sebaik beredar dari bank berkenaan, secara tiba-tiba pistol terbabit meletup menyebabkan peluru menembusi lutut kanan.
“Kejadian berlaku ketika mangsa baru menaiki van menyebabkan rakan setugasnya terkejut sebelum mendapati lutut mangsa berdarah.

“Rakan mangsa menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan dialaminya,” katanya.

Difahamkan, pistol itu diletakkan bersebelahan tempat duduk ketika mangsa memasuki van keselamatan itu dan dipercayai tersentuh picu senjata itu menyebabkan ia meletup.
Mangsa bernasib baik apabila peluru tidak mengena bahagian lain, sekali gus dia hanya cedera ringan sebelum dirawat di HUS.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengakui siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.
“Mangsa dihantar ke HUS untuk rawatan dan keadaan dilaporkan stabil. Polis masih menyiasat termasuk merekodkan kenyataan mangsa.” katanya.

No comments:

Post a Comment