Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Terkejut tulang manusia terjulur

KANGAR: “Saya tidak pernah menghidu bau mayat, malah menyangka ia mungkin bau bangkai binatang sebelum terkejut apabila melihat tulang kaki manusia terjulur keluar daripada longgokan sampah.”

Begitu kata penduduk, Nanyan Omar, 60, yang menemui mayat seorang lelaki tidak dikenali di dalam rumah usang di Kampung Kubang Arang, Bintong, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.


Menurutnya, ketika itu dia sedang melalui jalan di depan rumah tinggal berkenaan untuk ke kawasan sawah bagi memantau jentuai dijadualkan menuai padi di situ.

Katanya, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, dia pelik apabila terhidu bau busuk dari rumah usang berkenaan.


“Saya tidak pernah menghidu bau mayat dan pada mulanya menyangka ia mungkin bangkai binatang kerana kawasan berkenaan dikelilingi semak dan sawah padi.


“Ketika sampai, saya mengajak beberapa teman untuk memeriksa bau berkenaan dan terkejut apabila melihat kaki manusia yang sudah reput terkeluar daripada longgokan sampah di tepi dinding rumah itu,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, dia tidak memeriksa mayat berkenaan yang ditutupi kampit baja berwarna putih bersama daun kering serta sampah sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 10.45 pagi sebelum menghantar pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis ke lokasi kejadian.

myMetro | Terkejut tulang manusia terjulur:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment