Search This Blog

Monday, December 19, 2011

Seorang peragut dicekup, rakan lolos dalam belukar

BATU PAHAT: Bagaikan aksi dalam filem apabila sebuah kereta jenis Proton Perdana dinaiki dua penjenayah buruan polis, terbabas ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Sungai Lurus, Senggarang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, seorang daripada penjenayah terbabit meloncat keluar daripada Perdana sejurus ia terbabas lantas melarikan diri ke arah belukar berhampiran.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad bagaimanapun berkata, usaha penjenayah berusia 30 tahun itu sia-sia kerana dia ditahan kurang seminit kemudian.
“Kedua-dua suspek lelaki dikehendaki polis itu pada mulanya meragut beg tangan seorang wanita berdiri di sisi keretanya di sebuah hospital swasta di sekitar bandar ini, jam 11 pagi kelmarin.

“Mangsa cedera ringan melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat,” katanya, semalam.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat, unit MPV IPD memulakan operasi memburu suspek sebelum mengesan Perdana terbabit.
Din berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan anggota Balai Polis Senggarang.

“Penjenayah melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, Perdana dipandu gagal dikawal sebelum terbabas." Suspek utama ditahan tidak lama kemudian manakala rakan jenayahnya yang berusia 35 tahun dapat meloloskan diri ke belukar berhampiran,” katanya.

Siasatan mendapati, suspek berusia 30 tahun itu memiliki sembilan rekod jenayah dan tersenarai paling dikehendaki polis selain mengaku meragut beg tangan wanita berkenaan.
myMetro | Seorang peragut dicekup, rakan lolos dalam belukar:

No comments:

Post a Comment